Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Op Kesan 4.0: 37 premis diperiksa, keadaan terkawal di Sarawak
  • SEMASA

Op Kesan 4.0: 37 premis diperiksa, keadaan terkawal di Sarawak

Utusan Sarawak 2 days ago

KUCHING:  Sebanyak 37 premis membabitkan 176 unit penyimpanan stok (SKU) diperiksa pasukan penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sarawak dalam pelaksanaan Op Kesan 4.0 bermula 1 Julai lepas.

Pengarah KPDN Sarawak Matthew Dominic Barin berkata sehingga 14 Julai lepas, hasil pemantauan menunjukkan situasi pencatutan di negeri itu kekal terkawal selepas pihaknya menerima hanya satu aduan berkaitan pencatutan yang dilaporkan berlaku di Sibu.

“Op Kesan 4.0 dilaksanakan di seluruh negara bertujuan memastikan peniaga tidak menaikkan harga secara tidak munasabah dengan menjadikan peluasan skop Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebagai alasan,” katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan pemeriksaan di premis Pasaraya Farley Kuching hari ini. 

Matthew berkata individu yang melakukan pencatutan boleh dikenakan denda sehingga RM100,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama, manakala syarikat pula boleh didenda sehingga RM500,000.

“Bagi kesalahan berulang, individu boleh dikenakan denda hingga RM250,000 atau penjara lima tahun, manakala syarikat pula boleh didenda maksimum RM1 juta,” katanya, sambil menegaskan kenaikan harga tanpa asas sah disiasat di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011.

Beliau turut menggalakkan pengguna memanfaatkan aplikasi mudah alih Price Catcher bagi membuat perbandingan harga sebelum berbelanja, selain menyalurkan aduan sekiranya mengesan aktiviti manipulasi harga di premis perniagaan.

“KPDN tidak tunggu aduan semata-mata. Kami ada lebih 207 pegawai penguat kuasa di seluruh Sarawak yang turun padang setiap hari, termasuk hujung minggu bagi menjalankan pemantauan berkala,” katanya.

Orang ramai boleh menyalurkan aduan melalui WhatsApp 019-8488 000, portal e-Aduan KPDN di https://eaduan.kpdn.gov.my, talian bebas tol 1-800-886-800 atau aplikasi Ez ADU KPDN.– Bernama

Continue Reading

Previous: OTSM mula kerja tanah bina kilang polisilikon bernilai RM2 bilion di Bintulu
Next: Sarawak di landasan tepat kuasai teknologi hijau dan AI – Abang Johari

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.