Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Op Dadu Saratok: Dua suspek ditahan, 17 premis diperiksa
  • JENAYAH

Op Dadu Saratok: Dua suspek ditahan, 17 premis diperiksa

Utusan Sarawak 1 day ago

Dua suspek ditahan di dua premis berasingan dalam Operasi Dadu yang dijalankan di sekitar Saratok petang semalam. Foto: IPD Saratok

SARATOK: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok meneruskan usaha membanteras kegiatan perjudian haram apabila berjaya menahan dua lelaki dalam operasi berasingan di sekitar kawasan Saratok, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie berkata, kedua-dua suspek ditahan menerusi Operasi Dadu yang dijalankan oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJD) IPD Saratok yang diketuai oleh Inspektor Hendry.

Dalam serbuan pertama sekitar 3.27 petang, polis menahan seorang lelaki berusia 30 tahun di sebuah premis di Saratok. Suspek disyaki menjalankan aktiviti menjual nombor ekor awam haram.

“Turut dirampas dalam operasi itu ialah sebuah telefon bimbit jenama Oppo CPH2127, sebuah kotak hitam jenama Aomaron, serta wang tunai sebanyak RM390,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Serbuan kedua dilakukan sejam kemudian, pada 4.25 petang, di lokasi berasingan di kawasan yang sama. Polis menahan seorang lagi lelaki berusia 52 tahun yang turut disyaki terlibat dalam kegiatan sama.

Rampasan dalam kes kedua termasuk telefon bimbit Oppo Reno serta beberapa keping kertas bertulis angka dipercayai nombor pertaruhan awam haram.

Polis telah memeriksa sebanyak 17 premis dan sembilan daripadanya dikesan menjalankan aktiviti perjudian haram. Foto: IPD Saratok

Kedua-dua kes disiasat di bawah Seksyen 4A(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 (ARJT 1953).

Mathew memaklumkan bahawa sepanjang pelaksanaan Op Dadu di Saratok, pasukan BSJD telah memeriksa 17 premis dan mendapati sembilan daripadanya menjalankan aktiviti perjudian haram.

“Kesemua premis yang terlibat disiasat di bawah Seksyen 21A ARJT 1953, manakala sebanyak sembilan individu termasuk warga tempatan telah ditangkap dan dituduh di bawah Seksyen 4A(a) akta yang sama,” ujarnya.

Beliau menegaskan bahawa pihak polis akan terus mempergiatkan operasi bagi mengekang kegiatan perjudian haram di Daerah Saratok dan menyeru orang awam supaya menyalurkan maklumat jika mengesyaki aktiviti seumpama itu di kawasan mereka.

Oleh Adi Safarman

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: 203 warga asing ditahan dalam Ops Sapu di Bintulu
Next: Pasangan kekasih ditahan, edar dadah bernilai lebih RM500,000

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.