Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Op Carilamat dua nelayan hilang di Tanjung Payung ditamatkan
  • Utara
  • WILAYAH

Op Carilamat dua nelayan hilang di Tanjung Payung ditamatkan

Utusan Sarawak 13 hours ago
PETUGAS operasi melakukan pencarian terakhir sebelum Op Carilamat ditamatkan selepas gagal menemukan dua nelayan yang dilaporkan hilang.

BINTULU: Operasi Mencari dan Menyelamat (Op Carilamat) bagi mengesan dua nelayan yang dikhuatiri hilang selepas vesel dinaiki mereka terbalik di perairan Tanjung Payung ditamatkan pada 6.30 petang semalam selepas memasuki hari kelapan tanpa sebarang petunjuk.

Pengarah Zon Maritim Bintulu, Kepten Maritim Muhammad Suffian Eldine Abdullah berkata, keputusan menamatkan operasi dibuat oleh Penyelaras Misi SAR (SMC), Ibu Pejabat Maritim Negeri Sarawak setelah tiada penemuan baharu direkodkan pada hari terakhir pencarian.

“Pencarian hari ini (semalam) meliputi kawasan seluas 72.40 batu nautika persegi, menjadikan keluasan keseluruhan sektor pencarian adalah 394.60 batu nautika persegi,” katanya dalam kenyataan.

Menurut beliau, operasi hari kelapan melibatkan 50 pegawai dan anggota dengan penglibatan aset Maritim Malaysia iaitu bot PETIR 10 dan aset Pasukan Polis Marin (PPM) iaitu Kapal PA-49.

Suffian turut merakamkan penghargaan kepada semua agensi sahabat yang terlibat sepanjang Op Carilamat, termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Beliau dalam masa sama menasihatkan komuniti maritim agar mengutamakan keselamatan, mengelakkan aktiviti di laut ketika cuaca buruk dan mematuhi prosedur keselamatan bagi mengurangkan risiko insiden tidak diingini.

Sebarang maklumat atau kecemasan di laut boleh disalurkan ke talian 999, Pusat Operasi Zon Maritim Bintulu di 086-314 254 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak di 082-432 544 untuk tindakan segera.

Pada 5 November lalu, sebuah vesel nelayan terbalik akibat laut bergelora di perairan Tanjung Payung. Empat mangsa berjaya diselamatkan oleh kapal tunda TB. SWEE, manakala dua lagi hilang yang mana Op Carilamat berlangsung selama lapan hari sebelum ditamatkan tanpa penemuan.

Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Pemergian Tan Sri Tiong Hiew King satu kehilangan besar kepada masyarakat
Next: RTP project enhances facilities at BEM Satria Jaya Church

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.