Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • OP Bersepadu serbu premis hiburan beroperasi lebih masa di Jalan Padungan
  • JENAYAH

OP Bersepadu serbu premis hiburan beroperasi lebih masa di Jalan Padungan

Utusan Sarawak 7 hours ago
Serbuan operasi bersepadu IPD Kuching bersama MBKS dan Polis Tentera ke atas premis hiburan yang beroperasi melebihi masa dibenarkan di Jalan Padungan, awal pagi semalam.

KUCHING: Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching (IPD Kuching) dengan kerjasama pegawai penguat kuasa Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) serta Polis Tentera Detasmen CSJ Kuching telah melaksanakan Op Bersepadu/Op Noda/Op Pusat Hiburan/Op Cantas terhadap sebuah premis hiburan di Jalan Padungan, di sini, awal pagi semalam.

Serbuan yang dijalankan sekitar 3.25 pagi itu mendapati premis berkenaan beroperasi melebihi masa yang dibenarkan.

Dalam operasi tersebut, seramai 21 individu telah diperiksa di dalam premis berkenaan. Hasil pemeriksaan mendapati seorang lelaki warganegara tempatan yang bertindak sebagai penjaga premis telah dikenakan kompaun atas kesalahan berkenaan.

Pihak polis menegaskan tindakan penguatkuasaan bersepadu akan terus dilaksanakan dari semasa ke semasa bagi memastikan pematuhan undang-undang serta mengekang sebarang aktiviti yang boleh menjejaskan ketenteraman awam dan keselamatan masyarakat.

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Polis tahan dua individu positif dadah dalam operasi pusat hiburan di Kuching
Next: Jenayah telekomunikasi: Belia berusia 21 hingga 30 tahun catat mangsa tertinggi – Polis

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.