Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Op Bersepadu Pencegahan Jenayah Khas: 31 ditahan, 795 keping saman dikeluarkan
  • JENAYAH

Op Bersepadu Pencegahan Jenayah Khas: 31 ditahan, 795 keping saman dikeluarkan

Utusan Sarawak 2 years ago
Ops Bersepadu Pencegahan Jenayah Khas Fasa Dua di sekitar Bandar Raya Kuching dari 29 Jun hingga 2 Julai lalu bertujuan membanteras dan mencegah jenayah serta menjamin keselamatan orang awam.

KUCHING: Seramai 31 orang ditahan menerusi Ops Bersepadu Pencegahan Jenayah Khas Fasa Dua di sekitar bandaraya ini.

Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata daripada jumlah itu, seramai 15 orang ditahan atas kesalahan penyalahgunaan dadah di bawah Seksyen 12 (2) dan 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sebanyak 795 keping saman turut dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik selain 8,926 kenderaan turut diperiksa ketika operasi dilaksanakan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching sepanjang berlangsungnya operasi bermula 29 Jun hingga 2 Julai lalu.

Ashmon menerusi kenyataan media malam tadi berkata, operasi bertujuan membanteras dan mencegah jenayah.

Antaranya, kes kecurian kenderaan selain melaksanakan sekatan jalan raya di lokasi-lokasi panas.

Katanya lagi, operasi seumpama ini akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi membanteras dan mencegah jenayah serta menjamin keselamatan orang awam di Bandar Raya Kuching.

Continue Reading

Previous: Sesiapa sahaja boleh mohon jadi pelajar OUM termasuk banduan
Next: Penganggur dipenjara satu tahun lakukan khianat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.