Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • ‘One Battle After Another’ ungguli BAFTA, rangkul filem terbaik
  • HIBURAN

‘One Battle After Another’ ungguli BAFTA, rangkul filem terbaik

Utusan Sarawak 2 hours ago
FILEM One Battle After Another unggul pada majlis BAFTA di London, rangkul anugerah Filem Terbaik dengan lakonan mantap Leonardo DiCaprio. Foto agensi

LONDON: ‘One Battle After Another’ muncul pemenang utama Anugerah Filem Akademi British atau BAFTA tahun ini, meraih filem terbaik berserta pelbagai anugerah lain pada majlis yang diadakan di London pada petang Ahad, lapor Xinhua.

Filem berkenaan menampilkan bintang Hollywood, Leonardo DiCaprio yang melakonkan watak seorang revolusioner yang berdepan kegagalan, turut memperoleh anugerah pengarah terbaik, pelakon pembantu terbaik, penyuntingan terbaik, sinematografi terbaik dan adaptasi lakon layar terbaik.

Hamnet, yang diadaptasi daripada novel fiksyen sejarah mengisahkan kehidupan dan kematian anak William Shakespeare, Hamnet, merangkul dua anugerah, termasuk pelakon wanita terbaik bagi penghibur Ireland Jessie Buckley dan filem British terbaik, selepas calon utama anugerah Oscar itu memenangi drama filem terbaik Golden Globes bulan lepas.

Pelakon British, Robert Aramayo, yang baharu sahaja menamatkan persembahan pentas beberapa hari sebelum itu menerusi teater menyentuh emosi ‘Guess How Much I Love You?’ di Royal Court Theatre, London, melakar kejutan pada majlis itu.

Beliau mengungguli dua-dua anugerah Pelakon Utama dan anugerah bintang semakin meningkat undian awam kerana menggambarkan seorang lelaki yang hidup dengan sindrom Tourette dalam komedi ‘I Swear,’ yang turut menerima anugerah pemilihan pelakon terbaik.

Donna Langley, pengerusi NBCUniversal Entertainment, telah dianugerahkan BAFTA Fellowship, penghormatan tertinggi organisasi oleh Putera British Wales Putera William yang juga presiden BAFTA, pada majlis itu.

“Industri kreatif kita adalah salah satu kekuatan terbesar negara ini dan saya akan terus meraikan dan menyokong bakat yang menjadikan mereka bersinar di peringkat global dalam peranan saya sebagai Presiden BAFTA,” kata beliau. – Bernama

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Jejak ayah jadi inspirasi, Darren Mengga perkenal Telih

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.