
SEOUL: Lagu ‘ON’ oleh sensasi K-pop, BTS melepasi 500 juta strim di platform muzik global Spotify, menurut agensi kumpulan itu, BigHit Music, hari ini.
Menurut Agensi Berita Yonhap, lagu yang dikeluarkan pada Februari 2020 itu mencapai angka 500 juta strim pada Jumaat, menjadikannya lagu ke-16 oleh kumpulan lelaki itu yang mencapai pencapaian sedemikian di platform berkenaan.
“ON” iaitu lagu utama daripada album studio keempat BTS, Map of the Soul: 7, menggambarkan perjalanan kumpulan itu sepanjang tujuh tahun sejak debut mereka.
-Bernama