Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Olivia Ontai dinobat Kumang Gawai Dayak Saratok 2026
  • Tengah
  • WILAYAH

Olivia Ontai dinobat Kumang Gawai Dayak Saratok 2026

Utusan Sarawak 4 hours ago
FRIDAY Belik dan isteri, Ani Isek pada Majlis Makan Malam Sambutan Gawai Dayak Peringkat Daerah Saratok 2026, malam kelmarin. Foto: ADUN Krian

SARATOK: Kegagalan meraih gelaran utama tahun lalu tidak mematahkan semangat Olivia Ontai Odau, 20, apabila berjaya menebus kekecewaan tersebut dengan dinobatkan sebagai Kumang Saratok 2026 pada Majlis Makan Malam Sambutan Gawai Dayak Peringkat Daerah Saratok 2026, malam kelmarin.

Anak jati dari Rumah Panjang Chaong Engkerumai, Ulu Roban itu membawa pulang wang tunai RM5,000 selepas berjaya mengetepikan empat lagi peserta akhir dalam pertandingan berprestij tersebut.

Kemenangan itu cukup bermakna buat Olivia selepas hanya berjaya meraih gelaran Selinggar Matahari dalam pertandingan sama tahun lalu, sekali gus membuktikan kegagalan bukan noktah untuk terus melakar kejayaan.

FRIDAY Belik dan isteri, Ani Isek pada Majlis Makan Malam Sambutan Gawai Dayak Peringkat Daerah Saratok 2026, malam kelmarin. Foto: ADUN Krian

Beliau mengakui berasa terharu dan bersyukur kerana segala usaha, keyakinan serta pengorbanan yang dilakukan akhirnya membuahkan hasil dan membanggakan keluarga serta komuniti di kampung halamannya.

Sebelum bergelar Kumang Saratok 2026, Olivia turut mencipta nama menerusi beberapa pencapaian lain termasuk dalam Pesta Pemakai Kumang Roban 2024 selain memenangi gelaran Selinggar Matahari Gawai Dayak Saratok 2025.

Tempat kedua atau gelaran Lulong Gawai dimenangi Florita Sheena Jadot yang membawa pulang wang tunai RM4,000 berserta hadiah iringan selepas mempamerkan persembahan memukau sepanjang pertandingan berlangsung.

Sementara itu, Anita Christoper pula dinobatkan sebagai Selinggar Matahari dan menerima wang tunai RM3,000 berserta hadiah lain atas penampilan serta keanggunannya yang berjaya mencuri perhatian juri.

Bagi kategori Anugerah Ngepan Terbaik, Michelle Demuny Utau berjaya muncul pemenang dan membawa pulang wang tunai RM1,000, manakala Tracy Pinn menjuarai pertandingan video kreatif dengan hadiah wang tunai RM250.

Kesemua hadiah telah disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Krian, Friday Belik dan isteri, Ani Isek yang hadir merasmikan majlis makan malam anjuran Kesatuan Kebangsaan Dayak Sarawak (SDNU) dan Persekutuan Wanita Dayak Sarawak (SIDS) Saratok itu.

Majlis bertemakan ‘Segulai Sejalai Nuju Pemansang’ tersebut berlangsung meriah dengan kehadiran lebih 1,000 tetamu terdiri daripada pemimpin masyarakat, ketua kaum dan penduduk sekitar Daerah Saratok yang bersama-sama memeriahkan sambutan Gawai Dayak tahun ini.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Tilawah al-Quran medium perkukuh syiar Islam di Saratok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.