Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Olimpik Khas buka peluang pelajar PPKI tonjol bakat sukan
  • SUKAN

Olimpik Khas buka peluang pelajar PPKI tonjol bakat sukan

Utusan Sarawak 3 hours ago
JURULATIH bola keranjang Sarawak, Geoffrey

BINTULU: Penganjuran Sukan Olimpik Khas Kebangsaan Malaysia 2026 (SOMNG26) dilihat sebagai platform penting dalam memberi ruang penyertaan kepada pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) untuk menyerlah dalam bidang sukan, khususnya bola keranjang.

Menurut jurulatih bola keranjang Sarawak, Geoffrey Dew, penglibatan pelajar dalam program latihan sejak tahun lalu adalah sebahagian daripada persiapan awal bagi memastikan mereka mendapat pendedahan mencukupi sebelum menyertai kejohanan tersebut.

“Sejak tahun lepas kami sudah mula buat pemilihan pelajar, kemudian diteruskan dengan latihan setiap pagi pada awal tahun ini. 

“Mereka belajar asas seperti kawalan bola, hantaran dan jaringan,” katanya ketika ditemui di Stadium Bola Keranjang Bahagian Bintulu di sini, hari ini.

Beliau berkata, penganjuran Olimpik Khas bukan sekadar pertandingan, sebaliknya memberi penekanan kepada pembangunan diri, keyakinan serta kemahiran sosial peserta.

“Bagi kami, keputusan bukan perkara utama. 

“Yang lebih penting adalah mereka mendapat platform untuk bergaul, berinteraksi dan meluaskan pengalaman sosial,” jelasnya.

Tambah beliau, program seumpama itu juga membuka peluang kepada pelajar PPKI yang sebelum ini kurang pendedahan untuk menyertai aktiviti luar dan membina pengalaman baharu dalam suasana lebih inklusif.

“Melalui sukan ini, mereka dapat keluar daripada rutin biasa dan belajar perkara baharu. 

“Ia satu pengalaman yang sangat berharga untuk mereka,” katanya.

Geoffrey turut berharap penyertaan dalam SOMNG26 akan memberi impak jangka panjang, termasuk menjadikan sukan bola keranjang sebagai aktiviti sihat dan hobi dalam kehidupan harian peserta.

“Harap mereka dapat jadikan sukan ini sebagai hobi yang baik dan bukan hanya bergantung kepada gajet,” ujarnya.

Oleh Carolyne Utih

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Thinaah mahu harungi cabaran Piala Uber dengan tenang
Next: Jurang kecil tentukan nasib Liverpool

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.