Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • OKU tinggal sendirian dibantu
  • TEMPATAN

OKU tinggal sendirian dibantu

Utusan Sarawak 5 years ago
UMBANGAN… Bantuan barang makanan diserahkan kepada Chan (tiga, kiri) oleh wakil dari Pusat Khidmat Repok.

SARIKEI: Hidup serba daif setelah kedua ibu bapanya meninggal dunia beberapa tahun lalu kian menjadi asam garam kehidupan kepada seorang lelaki kurang upaya (OKU).

Chan Fui Man, berusia 25 tahun kini tinggal bersendirian di rumah peninggalan kedua mendiang ibu bapanya di Sare.

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Kehidupan seharian Chan setelah ketiadaan ibu bapanya bergantung dengan bantuan saudara mara terdekat.

Chan juga mengambil upah memotong rumput secara kecil-kecilan bagi menampung kehidupannya yang serba kekurangan.

Nasib dan derita kehidupan lelaki OKU ini mendapat perhatian dari Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, Dato’ Sri Huang Tiong Sii.

Huang menghantar bantuan barang makanan menerusi wakilnya dari Pusat Khidmat Repok bagi meringankan beban yang ditanggung oleh Chan.

Menurut jurucakap Pusat Khidmat N45 Repok, menerusi maklumat yang diperoleh, Chan dibantu oleh bapa saudaranya yang tinggal tidak jauh dari rumahnya.

“Bagi menampung kehidupan sehariannya,Chan juga mengambil upah dengan melakukan pelbagai pekerjaan.

“Berikutan itu, selain membantu Chan dengan bantuan barang makanan, kami turut merujuk keadaan kehidupan Chan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebagai tindakan susulan,” katanya ketika dihubungi pemberita, pagi semalam.

Tambahnya, mereka berharap pihak JKM dapat mengambil tindakan sewajarnya untuk membantu Chan agar nasib kehidupan Chan dikemudian hari terbela.

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: Pemantauan pematuhan SOP dipergiatkan
Next: Kantoi, pindah wang melalui bank beli dadah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.