Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • OKU telah berdaftar terima vaksin
  • NASIONAL

OKU telah berdaftar terima vaksin

Utusan Sarawak 4 years ago

KUALA LUMPUR, 16 Jun-- Menteri Pembangunan Wanita dan Masyarakat Datuk Seri Rina Harun (dua, kiri) bersama Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) yang juga Presiden OKU Sentral Senator Datuk Ras Adiba Radzi (tiga, kiri) melawat sekitar Pusat Pemberian Vaksin (PPV) untuk Orang Kurang Upaya (OKU) di Menara Sime Darby Plantation hari ini. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

MENTERI Pembangunan Wanita dan Masyarakat Datuk Seri Rina Harun (dua, kiri) bersama Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) yang juga Presiden OKU Sentral Senator Datuk Ras Adiba Radzi melawat sekitar Pusat Pemberian Vaksin (PPV) untuk Orang Kurang Upaya (OKU) di Menara Sime Darby Plantation semalam. • Foto BERNAMA

PETALING JAYA: Sebanyak 240,991 Orang Kurang Upaya (OKU) telah mendaftar untuk vaksinasi Covid-19 menerusi aplikasi MySejahtera, dengan 10,229 orang telah mendapat sekurang-kurangnya dos pertama sehingga semalam.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, jumlah pendaftaran tersebut masih terlalu rendah berbanding 600,000 OKU berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

“Kita akan terus menjalankan usaha agar jumlah ini meningkat supaya golongan OKU ini tidak ketinggalan untuk mendapat vaksin,” katanya ketika meninjau pusat pemberian vaksin (PPV) secara pandu lalu yang dikhaskan untuk OKU dan penjaga mereka di Sime Darby Plantation Berhad di sini semalam.

PPV pandu lalu untuk OKU itu adalah PPV pertama seumpamanya di negara ini dan di Asia Tenggara, adalah kerjasama kementerian dengan OKU Sentral dan Sime Darby Plantation.

PPV tersebut menyasarkan untuk memvaksinasi 16,000 OKU dan penjaga mereka dalam program yang dijadualkan sehingga Oktober depan.

Turut hadir Presiden OKU Sentral Senator Datuk Ras Adiba Radzi.

Sementara itu, Rina berkata kementeriannya mengalu-alukan kerjasama dengan lebih banyak syarikat korporat untuk mewujudkan PPV sedemikian bagi memudahkan golongan OKU menerima vaksin mereka.

Katanya, terdapat permintaan supaya PPV itu dibuka di negeri-negeri lain dan kementerian akan berbincang dengan syarikat korporat yang berminat bagi tujuan itu. – Bernama

Continue Reading

Previous: PIKAS berupaya kawal penularan Covid-19
Next: Campuran dua vaksin masih dikaji

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.