USAHA TANGGA KEJAYAAN… Amran Saili menerima sijil daripada Pengarah Urusan Utusan Sarawak Ding Liang Wong ketika Bengkel Penulisan Pembe- rita Sambilan di Kuching, baru-baru ini sambil disaksikan oleh Pengurus Besar Utusan Sarawak Ivy Ngo (kiri) dan Penasihat Eksekutif Editorial, Kadir Dikoh (kanan).
“BERMINAT bekerja di Utusan Sarawak sebagai pemberita sambilan? Sila hantar resume dan dokumen relevan anda ke e-mail hr@sarawakpress.com.my sebelum 31 Mei 2022”.
Iklan yang terima daripada seorang kawan bertarikh 30 April 2022. Saya berminat, tetapi aku seorang Orang Kelainan Upaya (OKU) menggunakan kaki palsu paras kepala lutut. Terdetik dalam hati, mengapakah iklan sebegini tidak dikeluarkan 20 tahun dahulu? Sewaktu aku masih cukup sifat dahulu?.
Tetapi, percayalah kalau kita yakin, rezeki kalau ditakdirkan untuk kita, memang alamatnya tidak pernah salah, begitu juga kalaunya bukan rezeki untuk kita, tengah-tengah kita hendak menyuap ke mulut sekalipun tetiba jatuh dari tangan kita makanan itu tadi, maka bukan rezeki untuk kita rupanya.
Pada 9 Jun 2022 dalam keadaan aku tengah fokus dengan kerja hakiki aku, tiba-tiba nama aku dimasukkan ke dalam satu kumpulan Whatsapp dan alangkah terkejut dan terujanya aku bila terpampang ayat-ayat di skrin telefon aku yang berbunyi “Salam & Good afternoon semua”.
Tahniah kerana permohonan anda untuk menjadi pemberita sambilan Utusan Sarawak diterima. Nama saya Kadir Dikoh.
Beberapa saat aku tergamam dan hampIr-hampir panik, dalam usia aku menjangkau 59 tahun dan cita-cita aku yang telah berkubur selama lebih 40 tahun tiba-tiba menjelma kembali di dalam keadaan aku yang serba-serbi kekurangan dari segi fizikalnya.
Dengan menggunakan kaki palsu paras kepala lutut, pernah menjalani pembedahan ‘open heart surgery’ kerana menghadapi masalah saluran jantung tersumbat dan kedua-dua belah mata telah menjadi pembedahan dan dimasukkan dengan len disebab oleh masalah katarak.
Tetapi disebabkan oleh minat dan menjadi pemberita merupakan salah satu cita-cita aku sejak dari bangku sekolah lagi kini sudah menjadi kenyataan walaupun di dalam keadaan usia aku sudah meningkat senja sebegini.
Apa yang lebih menyeronokkan lagi ialah aku dan bersama-sama rakan yang lain-lain yang mendapat tawaran menjadi pemberita sambilan tersebut telah ditempatkan di sebuah hotel selama sehari semalam kerana untuk memudahkan pihak penganjur mengendalikan bengkel penulisan berita tersebut.
Pada 24 Jun yang lalu dengan langkah penuh bersemangat aku berangkat dari premis aku dan menuju ke hotel yang disediakan oleh pihak penganjur. Bermulalah Bengkel Penulisan Berita pada 25 Jun 2022, lalu. Sepanjang bengkel tersebut aku menggunakan dengan sepenuh masa dan waktu untuk fokus dan memahami dapa yang disampaikan oleh fasilitator bengkel tersebut.
Mungkin disebabkan oleh terlalu teruja dan bersemangat sehingga aku merasakan bahawa walaupun aku seorang OKU berdaftar daripada segi fizikal namun semuanya tidak menjadi penghalang kepada aku untuk menjadi pemberita sambilan. Keseronokan mengatasi segala-galanya.
Alangkah terkejutnya aku bila rakan-rakan seperjuangan aku yang datang untuk menghadiri bengkel tersebut rupa-rupanya ramai lagi yang datang dari jauh. Adanya datang dari Lawas, Miri, Mukah, Dalat, Bintangor, Sibu, Simanggang, Betong dan Kuching. Aku ingat aku seorang sahaja yang bersemangat dan teruja. Rupa-rupanya ada lagi orang yang lebih teruja dan bersemangat daripada aku.
Syukur Alhamdulillah ke Hadrat Allah Yang Maha Esa, dengan izin-Nya juga dapat juga aku bersama-sama untuk mengikuti bengkel penulisan berita ini bersama-sama dengan rakan-rakan lain-lainnya yang datangnya dari jauh-jauh semua.
Bermulah satu episod yang baharu di dalam hidup aku, lebih 40 tahun aku memendam rasa untuk menjadi pemberita. Pernah satu ketika dahulu dalam tahun 1986, aku pernah dipanggil untuk menghadiri temuduga menjadi wartawan dan penulis untuk majalah Jiwa Bakti, tetapi aku tersesat dan tidak menjumpai alamat pejabat untuk tempat temuduga tersebut. Punahlah harapan aku untuk menghadiri temuduga ke Majalah Jiwa Bakti tersebut.
Pernah juga aku menghadiri temuduga untuk juru hebah sambilan, tetapi hampa tidak diterima. Namun pada kali ini dengan sekeping resume, sekeping Ijazah Sarjana Muda dan dua keeping gambar bersaiz pasport aku memohon untuk menjadi Pemberita Sambilan di Utusan Sarawak telah diterima dengan jayanya.
Syukur Alhamdulillah, percayalah semua rezeki tidak pernah salah alamat.
Berbalik kita kepada hasil daripada bengkel tersebut, tamat sahaja bengkel tersebut pada petang 25 Jun 2022. Masing-masing menerima sijil penyertaan di samping menerima tuntutan perjalanan dan insentif yang lain-lainnya daripada pihak penganjur. Ilmu dan tunjukajar daripada pihak penganjur terus melekat di benak otak kepala aku. Semangat terus berkobar-kobar dan In Shaa Allah tidak akan luntur sampai bila-bila masa selagi hayat di kandung badan.
Namun yang pasti pihak penganjur cuma menurunkan ilmu dan tunjuk ajar namun demikian semuanya terserah kepada aku samaada untuk mempergunakan ilmu dan tunjuk ajar yang disampaikan ketahap yang optimum dan maksimum. Semuanya terserah kepada aku, bak kata pepatah Melayu lama “Perahu sudah di air dan pengayuh sudah di tangan” apa ditunggu lagi, teruskan, kalau aku tidak meneruskannya alamat perahu akan hanyut dan pengayuh tidak basah oleh dek air.
Setelah lima hari selesai meninggalkan bengkel penulisan berita tersebut, tanggal 30 Jun 2022, terciptalah satu sejarah yang terus dan akan menjadi suntikan booster semangat aku untuk meneruskan karier sebagai ‘Stringer’ Pemberita Sambilan keluarlah artikel aku yang julung-julung dan yang pertama kalinya di dalam Suratkhabar Utusan Sarawak di muka surat empat dengan tajuknya “Keunikan Muzium Perkayuan PUSAKA ramai tidak tahu” alangkah gembiranya aku bila melihat dan membaca hasil titikpeluh menghadiri bengkel penulisan berita selama sehari tersebut telah membuahkan hasil. Ini merupakan satu suntikan booster untuk aku meneruskan karier sebagai seorang Pemberita Sambilan di Utusan Sarawak.
Oleh AMRAN SAILI