Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • OKSHE 2025 buka tirai dengan sambutan penuh warna-warni
  • HIBURAN

OKSHE 2025 buka tirai dengan sambutan penuh warna-warni

Utusan Sarawak 2 days ago
RAKAM KENANGAN… Dato Hilmy Othman bergambar bersama barisan Orkestra POTRES, para artis, penari, dan kru produksi yang menjayakan Temasya OKSHE 2025 semalam. Foto DBKU

KUCHING: Temasya OKSHE 2025 membuka tirainya semalam di Kuching Waterfront dengan pelbagai pengisian budaya, seni, dan warisan tempatan yang penuh warna-warni.

Penganjuran temasya ini bertujuan mengangkat keunikan warisan budaya Sarawak ke persada yang lebih tinggi.

Temasya bertemakan ‘Meriahkan Warisan, Raikan Budaya’ ini diserikan dengan pelbagai acara menarik antaranya persembahan seni tradisional, bengkel warisan, dapur warisan, serta banyak lagi.

PERSEMBAHAN Melissa Francis.

Pengunjung juga berpeluang merasai juadah tempatan melalui deretan gerai makanan yang menampilkan cita rasa asli rakyat Sarawak.

Pentas Warisan pada malam pertama menyaksikan persembahan bertenaga dan penuh kemeriahan daripada penyanyi tempatan Sarawak, iaitu Melisa Francis, Hijrah Yahya, dan Hazmil Hasnan.

PERSEMBAHAN Hijrah Yahya, dan Hazmil Hasnan.

Persembahan diiringi oleh Orkestra POTRES yang dipimpin dengan penuh berkarisma oleh Karyawan Seni Negara, Narawi Rashidi.

Turut memukau penonton ialah persembahan tarian tradisional yang lemah gemalai daripada Karya Terindah Performing Art (KTPA), menambah seri kepada malam penuh budaya ini.

Hadir memeriahkan malam pertama Temasya OKSHE, Datuk Bandar Kuching Utara Dato Hilmy Othman, Pengarah DBKU Ramzi Abdillah, pegawai kanan DBKU, ketua masyarakat dan pengerusi KJM.

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Nad Zainal galak anak kuasai pembelajaran digital secara positif
Next: Mohamad Daud juara Sayembara Puisi Kemerdekaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.