Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Oasis, Phil Collins dan Luther Vandross antara penerima Induksi Rock Hall
  • HIBURAN

Oasis, Phil Collins dan Luther Vandross antara penerima Induksi Rock Hall

Utusan Sarawak 5 hours ago
LIAM Gallagher daripada kumpulan Oasis, kumpulan British diumumkan sebagai salah satu penerima induksi bagi Kelas 2026 Rock and Roll Hall of Fame. Foto AFP

LOS ANGELES, Amerika Syarikat: Penyanyi rock veteran Phil Collins dan kumpulan Britpop Oasis yang telah bersatu semula mendahului senarai Kelas 2026 penerima induksi Rock and Roll Hall of Fame yang diumumkan secara siaran langsung di televisyen Amerika Syarikat semalam.

Billy Idol, penyanyi Sade, legenda metal Iron Maiden serta kumpulan dari Manchester iaitu Joy Division dan New Order turut diberi penghormatan, bersama kolektif hip hop Wu-Tang Clan dan penyanyi bersuara lunak Luther Vandross.

Pengumuman para penerima penghormatan itu dibuat dalam satu episod langsung rancangan pertandingan ‘American Idol’, yang dikendalikan oleh pasangan rock Pat Benatar dan Neil Giraldo.

“Induksi ke dalam Rock & Roll Hall of Fame ialah penghormatan tertinggi dalam muzik,” kata pengerusi organisasi itu, John Sykes.

“Kami tidak sabar untuk meraikan artis-artis luar biasa ini pada majlis tahun ini – ia akan menjadi malam yang tidak dapat dilupakan.”

Majlis induksi tersebut, yang turut berfungsi sebagai konsert gala berprestij dengan pelbagai penghormatan kepada para penerima, akan diadakan pada 14 November di Los Angeles.

Calon yang layak untuk Rock Hall mestilah telah menerbitkan rakaman komersial pertama sekurang-kurangnya 25 tahun sebelum pencalonan.

Phil Collins, Luther Vandross dan Wu-Tang Clan merupakan calon kali pertama. Billy Idol, Iron Maiden, Joy Division, New Order, Oasis dan Sade pernah dicalonkan sebelum ini tetapi tidak terpilih untuk induksi.

Kelas penerima induksi 2025 termasuk Outkast, White Stripes dan Cyndi Lauper. – AFP

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: FINAS komited bangunkan industri kreatif secara inklusif
Next: Sony Pictures tayang pratontonfilem “Spider-Man: Brand New Day” di CinemaCon

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.