Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • OACP bendung aktiviti rasuah
  • TEMPATAN

OACP bendung aktiviti rasuah

Utusan Sarawak 4 years ago
TERKINI … Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan memotong reben sambil disaksikan oleh tetamu VIP semasa Majlis Pelancaran Buku Pelan Anti Rasuah Organisasi di sebuah hotel terkenal di Kuching semalam. • Foto ANDRE OLIVEIRO

KUCHING: Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP) adalah kerangka yang dihasilkan Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) bagi membendung aktiviti rasuah dalam tempoh lima tahun akan datang.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, menerusi OACP ini, PUSAKA telah mengenal pasti dan memfokuskan tujuh bidang keutamaan yang mempunyai risiko berlakunya rasuah.

“Pelan anti rasuah bagi membendung sebarang kemungkinan aktiviti rasuah di dalam PUSAKA ini telah dihasilkan menerusi bengkel OACP yang berlangsung pada 16 hingga 18 Februari lalu.

“Pelan ini adalah bertepatan dengan usaha PUSAKA ke arah pematuhan Seksyen 17 (A) Liabiliti Korporat yang dikuatkuasakan pada 1 Jun 2020.

“Antara bidang yang diberikan keutamaan itu adalah Perlesenan, Penguatkuasaan Undang-undang, Pengurusan Projek, Pentabiran (Sumber Manusia), Tadbir Urus, Perolehan dan Pengurusan Program,” katanya.

Beliau yang merupakan Pengerusi PUSAKA berkata demikian dalam sebuah sidang media sebelum melancarkan Buku OACP PUSAKA di sebuah hotel terkemuka, di sini, semalam.

Menurut beliau, pelan OACP ini turut membuktikan bahawa PUSAKA mempunyai komitmen yang tinggi dalam mengadakan kawalan terhadap isu rasuah ini secara dalaman.

Jelasnya, pelan OACP ini adalah satu inisiatif mandatori di bawah Strategi 2 Pelan Anti Rasuah Nasional (NACP) dalam membantu mengukuhkan kecekapan penyampaian perkhidmatan sektor awam di negeri ini.

“Menerusi OACP ini, pelaksanaan serta pemantauan aktiviti-aktiviti serta penerapan nilai intergriti dalam sistem penyampaian perkhidmatan dapat dilakukan dengan lebih berkesan dan sistematik.

“Penyediaan pelan strategik seperti ini secara tidak langsung akan dapat meningkatkan lagi kepercayaan orang awam terhadap intergriti sektor awan di negeri ini,” ujarnya lagi.

Sementara itu, Awang Tengah yang juga Menteri Perancangan Bandar dan Sumber Asli berkata, daripada tujuh bidang keutamaan ini, PUSAKA telah menghasilkan tujuh strategi, 10 objektif strategi dan 90 pelan tindakan.

“Pelan OACP yang dihasilkan ini turut merangkumi semua aspek termasuk aspek governans, intergriti dan setiap aktiviti yang dijalankan di dalam organisasi yang terbabit,” jelasnya lagi.

Oleh AKMAL ADIB YUSUP

Continue Reading

Previous: Kerajaan mahu lindungi rakyat
Next: Peranan KK, TR sebar polisi kerajaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.