Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Nyanyian bukan sekadar hiburan, tapi cinta pada tanah air – ADUN Meradong
  • Tengah
  • WILAYAH

Nyanyian bukan sekadar hiburan, tapi cinta pada tanah air – ADUN Meradong

Utusan Sarawak 19 hours ago
RASMI….ADUN Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing merasmikan Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik Sempena Hari Kebangsaan 2025 bertempat di Dewan Persatuan Masyarakat Tulai, semalam. 

BINTANGOR: Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik sempena Hari Kebangsaan 2025 anjuran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Sungai Tulai Meradong bersama Komuniti MADANI Sungai Tulai telah berlangsung dengan jayanya.

Acara ini berjaya menyemarakkan semangat cintakan tanah air dalam kalangan peserta dan masyarakat setempat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing, berkata pertandingan seperti ini bukan sahaja menyerikan sambutan Hari Kebangsaan, malah menjadi wadah untuk mengukuhkan perpaduan rakyat pelbagai kaum dan generasi.

“Nyanyian bukan sekadar hiburan, sebaliknya ia adalah medium untuk menyemai semangat cintakan tanah air, mengeratkan hubungan masyarakat, serta menyebarkan kegembiraan. 

“Melalui lagu-lagu patriotik, kita dapat menzahirkan kasih terhadap negara dengan lebih berkesan, sekali gus membangkitkan rasa bangga sebagai rakyat Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada pertandingan nyanyian tersebut bertempat di Dewan Persatuan Masyarakat Tulai, semalam. 

UNTUK ALBUM.…Datuk Ding Kuong Hiing bergambar bersama para peserta. 
 

Koung Hiing turut menzahirkan penghargaan kepada pihak penganjur kerana berjaya menganjurkan pertandingan nyanyian lagu patriotik sebagai tanda kecintaan kepada negara menjelang sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ini.

Katanya, Hari Kebangsaan merupakan detik bersejarah yang harus diraikan dengan penuh kesyukuran, di samping menjadi peringatan tentang pentingnya nilai keamanan dan kemerdekaan.

“Kita mesti terus berganding bahu membina masyarakat yang harmoni dan sejahtera. 

“Semangat kebersamaan ini adalah kunci kepada perpaduan serta pembangunan Meradong dan negara secara keseluruhannya,” katanya.

Pertandingan yang diadakan tersebut menyaksikan seramai 13 peserta mengambil bahagian, mempersembahkan lagu patriotik dalam tiga bahasa iaitu bahasa Melayu, Inggeris dan Cina mengikut pilihan masing-masing.

Beliau menegaskan, usaha seperti ini perlu diteruskan dari semasa ke semasa kerana mampu menyemarakkan lagi semangat patriotisme, memperkukuh perpaduan rakyat, serta melahirkan generasi yang cintakan negara.

“Saya yakin pertandingan berkonsepkan kebersamaan ini akan memberi kesan positif terutama dalam kalangan belia yang menjadi pewaris masa depan negara,” katanya lagi. 

Turut hadir Pegawai Penerangan Daerah Meradong, Nor Hidayah Ismail, Pengerusi JKKK Sungai Tulai, Robert Wong Ming Ging dan Pengerusi Persatuan Sosial Masyarakat Tulai Komuniti MADANI Sungai Tulai, Ling Eng Ming.

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Kanak-kanak autisme dilaporkan hilang, usaha mencari diteruskan
Next: Program kesedaran sempena Hari Kebangsaan tarik 50 peserta di Julau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.