Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Nyamuk dijumpai buat kali pertama di Iceland
  • GLOBAL

Nyamuk dijumpai buat kali pertama di Iceland

Utusan Sarawak 14 hours ago
PENEMUAN nyamuk di Iceland menonjolkan bagaimana perubahan iklim dan alam sekitar kini memperluas habitat serangga tahan sejuk hingga ke kawasan utara yang tidak pernah didiami sebelum ini.

LONDON: Buat kali pertama dalam sejarah, nyamuk dijumpai di Iceland, dengan tiga spesimen dijumpai bulan ini di Kjos, iaitu kawasan lembah luar bandar berhampiran Hvalfjordur, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik media tempatan.

Penemuan itu kali pertama dilaporkan oleh peminat serangga Bjorn Hjaltason dalam kumpulan Facebook “Skordyr a Islandi” (Serangga di Iceland), menurut Perkhidmatan Penyiaran Kebangsaan Iceland pada Isnin.

Sampel berkenaan telah diserahkan kepada Institut Sejarah Semula Jadi Iceland untuk dianalisis, dan ahli entomologi Matthias Alfredsson mengesahkan bahawa ia sememangnya spesies nyamuk.

Spesies itu dikenal pasti sebagai “culiseta annulata”, sejenis nyamuk tahan sejuk yang lazim di Eropah Utara.

“Besar kemungkinan nyamuk ini akan kekal hidup di sini.

“Ia biasanya mampu bertahan pada musim sejuk dengan berlindung di tempat teduh seperti bilik bawah tanah atau bangsal ternakan,” kata Matthias.

Walaupun nyamuk pernah tiba di Iceland sebagai penumpang tersembunyi di pesawat, ini merupakan kali pertama ia ditemukan hidup di tanah Iceland.

Para saintis sejak sekian lama meramalkan bahawa nyamuk akhirnya boleh hidup di Iceland, terutamanya selepas spesies sera penggigit mula wujud di negara itu pada 2015.

Penemuan nyamuk di Iceland menonjolkan bagaimana perubahan iklim dan alam sekitar kini memperluas habitat serangga tahan sejuk hingga ke kawasan utara yang tidak pernah didiami sebelum ini.- Bernama-Anadolu

Continue Reading

Previous: Takaichi wanita pertama jadi PM Jepun
Next: Puting beliung ragut satu nyawa, empat cedera parah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.