Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEKNOLOGI
  • NVIDIA, OpenAI jalin kerjasama dengan UAE, projek pusat data AI Stargate
  • TEKNOLOGI

NVIDIA, OpenAI jalin kerjasama dengan UAE, projek pusat data AI Stargate

Utusan Sarawak 17 hours ago
EMIRIAH Arab Bersatu (UAE) melancarkan Stargate UAE, sebuah projek infrastruktur kecerdasan buatan (AI) utama dengan kerjasama OpenAI, Oracle, NVIDIA, Cisco, SoftBank Group dan G42, lapor Agensi Berita Emiriah (WAM).

ABU DHABI: Emiriah Arab Bersatu (UAE) melancarkan Stargate UAE, sebuah projek infrastruktur kecerdasan buatan (AI) utama dengan kerjasama OpenAI, Oracle, NVIDIA, Cisco, SoftBank Group dan G42, lapor Agensi Berita Emiriah (WAM).

Inisiatif itu diumumkan di Abu Dhabi dengan kehadiran Presiden UAE, Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan dan dianggap sebagai langkah penting dalam usaha kerjasama antarabangsa ke arah sistem AI generasi akan datang.

Stargate UAE bakal menjadi kluster pengkomputeran (compute cluster) berkapasiti 1 gigawatt yang beroperasi dalam UAE-US AI Campus yang baharu ditubuhkan dengan kapasiti keseluruhan 5 gigawatt.

Terletak di Abu Dhabi, kemudahan itu bakal menjadi pembangunan pusat data AI terbesar seumpamanya di luar Amerika Syarikat.

Ia akan dibina oleh G42 dan dikendalikan oleh OpenAI serta Oracle.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan G42, Peng Xiao menyifatkan projek itu sebagai jambatan “yang berasaskan kepercayaan dan cita-cita,” dalam membawa manfaat AI kepada ekonomi dan masyarakat global.

Ketua Pegawai Eksekutif OpenAI, Sam Altman berkata projek UAE itu merupakan langkah besar pertama di bawah program baharu syarikat yang dinamakan “OpenAI for Countries.”

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif NVIDIA, Jensen Huang, pula menyifatkan AI sebagai kuasa transformasi paling besar pada masa kini.

Beliau berkata Stargate UAE akan menyokong visi UAE untuk memperkasa rakyatnya dan membentuk masa depan negara itu.

NVIDIA akan membekalkan sistem canggih Grace Blackwell GB300, manakala Cisco akan menyediakan rangkaian keselamatan sedia AI. SoftBank turut menyokong projek itu dari segi pembiayaan.

Fasa pertama berkapasiti 200 megawatt dijangka mula beroperasi pada 2026.

Projek itu akan menawarkan kuasa pengkomputeran berskala besar bagi menyokong sektor seperti kesihatan, tenaga, pendidikan dan kewangan.

Stargate UAE juga merupakan tunjang utama dalam US-UAE AI Acceleration Partnership yang baharu dilancarkan, bertujuan memajukan pembangunan AI yang selamat dan bertanggungjawab.– Bernama-WAM

Continue Reading

Previous: Generasi muda hadapi cabaran maklumat tanpa saringan
Next: Aplikasi MCMC Nexus fokus tingkat kualiti liputan, mutu perkhidmatan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.