Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEKNOLOGI
  • Nvidia kembali rangkul gelaran syarikat paling bernilai di dunia
  • TEKNOLOGI

Nvidia kembali rangkul gelaran syarikat paling bernilai di dunia

Utusan Sarawak 7 hours ago

ISTANBUL:  Syarikat pengeluar cip dari Amerika Syarikat, Nvidia kembali merangkul kedudukan sebagai syarikat paling bernilai di dunia pada Rabu selepas sahamnya melonjak 4.33 peratus kepada paras tertinggi iaitu AS$154.31, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Lonjakan itu meningkatkan modal pasaran Nvidia kepada AS$3.77 trilion, sekali gus mengatasi Microsoft sebagai syarikat dengan nilai pasaran tertinggi di dunia.

Rekod baharu itu mengatasi paras terdahulu iaitu AS$149.43 yang dicatat pada 6 Januari.

Nvidia terus menguasai pasaran global bagi unit pemproses grafik (GPU), komponen utama yang digunakan untuk menggerakkan sistem kecerdasan buatan (AI) dan model bahasa berskala besar.

Meskipun berdepan larangan eksport dari Amerika Syarikat dan tidak lagi dapat mengakses pasaran China, prestasi saham Nvidia masih mengatasi jangkaan pasaran.

Pada April lalu, kerajaan AS pimpinan Presiden Donald Trump mengenakan sekatan eksport lebih ketat yang menghentikan penjualan cip AI H20 keluaran Nvidia.

Susulan sekatan itu, Nvidia merekodkan susut nilai inventori sebanyak AS$4.5 bilion dan menganggarkan kerugian jualan sehingga AS$8 bilion. 

Syarikat itu juga menyemak semula unjuran kewangannya dengan mengecualikan sebarang pendapatan daripada pasaran China.

Namun begitu, Nvidia mencatat keputusan kewangan kukuh pada Mei lalu, dengan peningkatan hasil keseluruhan sebanyak 69 peratus tahun ke tahun, dipacu oleh lonjakan 73 peratus dalam segmen pusat data.– Bernama-Anadolu

Continue Reading

Previous: Penerapan AI mampu tegak keadilan berasaskan data, hukum syarak
Next: Syarikat pemula Nepal guna dron bersihkan sampah di Gunung Everest

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.