Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Nurul Qurratu Aini graduan cemerlang Diploma Pengajian Perniagaan
  • TEMPATAN

Nurul Qurratu Aini graduan cemerlang Diploma Pengajian Perniagaan

Utusan Sarawak 2 years ago
TAHNIAH… Graduan cemerlang Politeknik Kuching Sarawak Nurul Qurratu Aini Sulaiman, 25, dalam jurusan Diploma Pengajian Perniagaan berjaya memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.96. 

KUCHING: Tidak pernah sesekali menyangka untuk memperolehi Anugerah Pengarah pada majlis Konvokesyen Politeknik Kuching Sarawak kali ini.

Nurul Qurratu Aini Sulaiman, 25, graduan cemerlang Politeknik Kuching Sarawak dalam jurusan Diploma Pengajian Perniagaan berjaya memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.96.

“Saya bersyukur dengan setiap pencapaian saya selama tiga tahun ini.

“Pelbagai cabaran yang kami hadapi sebagai pelajar terutamanya ketika pandemik Covid-19. 

“Antaranya, tiada komunikasi secara fizikal menyukarkan proses pembelajaran tapi akhirnya berjaya kami harungi,” katanya ketika ditemu bual Utusan Sarawak pada majlis Konvokesyen ke-31 Politeknik Kuching Sarawak, hari ini. 

Beliau juga turut menerima lima anugerah iaitu Penganugerahan Diploma Pengajian Perniagaan, Anugerah Khas Industri, Anugerah Kecemerlangan Akademik dan Kokurikulum dan Anugerah Pengarah.

Tambahnya lagi, kepada rakan rakan yang masih berjuang sekarang jangan sesekali berputus asa dan jangan limitkan diri anda untuk melakukan apa jua.

“Sekiranya kita limitkan diri sendiri dalam melakukan apa jua perkara kita tidak akan mempunyai banyak pengalaman

“Inilah masa yang kita ada untuk buktikan kita berjaya dengan cemerlang.”

Sementara itu, ayahnya Sulaiman Roseli, 61, dan ibunya Zauyah Brahim, 56, berkata, mereka tidak menyangka melihat kejayaan dan anugerah yang diterima oleh anaknya.

“Cukup terharu dan bangga atas kejayaan anak. Semoga selepas ini dia terus berjaya dengan cemerlang dan dapat mencapai lebih banyak lagi anugerah malah bersedia menempuh alam pekerjaan kelak.”

Anak keempat dari lima adik beradik tersebut membuktikan bahawa meskipun usia sudah menjangkau 25 tahun tidak seperti rakan yang lain berusia 21 tahun telah pun menerima segulung diploma ia tidak mematahkan semangatnya untuk terus menamatkan pengajiannya.

Oleh Azreen Keria

Continue Reading

Previous: Polis ada petunjuk kes rompakan di Jalan Semaba
Next: ‘Ibu bapa sumber kekuatanku’ – Mohd Afiq Yunus

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.