Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Nurseri TZR berjaya hasilkan baja organik tingkat kualiti pokok keladi
  • BISNES

Nurseri TZR berjaya hasilkan baja organik tingkat kualiti pokok keladi

Utusan Sarawak 3 years ago

KUALA TERENGGANU, 12 Jan -- Pemilik Taman Zety Roses (TZR) Dr Sh Marzety Adibah Al-Sayed Mohamad menunjukkan beberapa pokok keladi yang terdapat di Kampung Tanjung Aur, Telemong. Beliau mula mengusahakan nurseri keladi sejak tahun lepas selepas melihat permintaan tinggi dari 'Rosarian' (peminat bunga ros) dan peminat keladi menerusi Fanpage Facebook rasmi Taman Zety Roses.

Keistimewaan TZR juga kerana hasil kepakaran kami telah berjaya menghasilkan formulasi set baja organik yang berjaya menjadikan daun pokok keladi lebih besar, tinggi, warna yang lebih cerah, cantik dan merimbun hanya dalam tempoh tiga bulan sahaja berbanding proses sebenar yang mengambil masa bertahun-tahun.

Setakat ini TZR mempunyai lebih 1,000 pokok keladi terdiri lebih dari 500 spesies termasuk jenis hybrid. Harganya dijual bermula RM35 hingga RM6,800 untuk anak pokok manakala keladi dewasa mencecah harga RM50,000.

--fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA


NURSERI KELADI JANA PENDAPATAN… Pemilik Taman Zety Roses (TZR) Dr Sh Marzety Adibah Al-Sayed Mohamad menunjukkan beberapa pokok keladi yang terdapat di Kampung Tanjung Aur, Telemong, Kuala Terengganu.Beliau mula mengusahakan nurseri keladi sejak tahun lepas selepas melihat permintaan tinggi dari ‘Rosarian’ (peminat bunga ros) dan peminat keladi menerusi Fanpage Facebook rasmi Taman Zety Roses. Keistimewaan TZR juga kerana hasil kepakaran kami telah berjaya menghasilkan formulasi set baja organik yang berjaya menjadikan daun
pokok keladi lebih besar, tinggi, warna yang lebih cerah, cantik dan merimbun hanya dalam tempoh tiga bulan sahaja berbanding proses sebenar yang mengambil masa bertahun-tahun. Setakat ini, TZR mempunyai lebih 1,000 pokok keladi terdiri lebih dari 500 spesies termasuk jenis hybrid. Harganya dijual bermula RM35 hingga RM6,800 untuk anak pokok manakala keladi dewasa mencecah harga RM50,000. • Foto BERNAMA

KUALA TERENGGANU: Sebuah nurseri di Kampung Tanjung Aur dekat Telemong di sini, bukan sahaja berjaya menghasilkan formulasi set baja organik yang menjadikan kualiti keladi lebih menarik, malah berupaya merimbunkan pokok hiasan yang ‘digilai’ ramai itu dalam tempoh singkat.

Dr Sh Marzety Adibah Al-Sayed Mohamad yang merupakan pemilik nurseri Taman Zety Roses (TZR) berkata, baja yang dihasilkan di tapak semaiannya itu mampu menjadikan daun pokok keladi lebih besar, tinggi selain warnanya lebih cerah.

“Pohon keladi juga merimbun dalam hanya kira-kira tiga bulan sahaja berbanding proses sebenar yang mengambil masa bertahun-tahun,” katanya kepada pemberita di sini.

Bekas Pensyarah Kaunseling dan Psikologi di Pusat Pengajian Pembangunan Sosial dan Ekonomi Universiti Malaysia Terengganu (UMT) itu berkata, TZR kini menjadi satu-satunya pusat pembenihan dan penyelidikan keladi berskala besar di negara ini.

Beliau berkata, TZR sebelum ini pernah tular sebagai ‘Cameron Highlands Terengganu’ kerana mempunyai koleksi lebih 700 spesies bunga ros, namun sejak tahun lepas pihaknya turut mengusahakan tanaman keladi hiasan kerana mendapat permintaan yang tinggi daripada pelanggan.

“Setakat ini, TZR mempunyai lebih 1,000 pokok keladi daripada 500 spesies termasuk jenis hibrid. Harga dijual bermula dari RM35 hingga RM6,800 untuk anak pokok, manakala keladi dewasa mencecah hingga RM50,000.

“Kami juga membekalkan anak keladi kepada lebih 50 nurseri di seluruh negara di samping menyediakan khidmat bimbingan penjagaan pokok yang sempurna untuk pelanggan… Nurseri bunga ros masih kekal sebagai teras perniagaan kami,” katanya yang mempunyai 33 pekerja tempatan sepenuh masa.

Sh Marzety Adibah berkata, koleksi yang paling popular di TZR ketika ini ialah keladi spesies Pharaoh Mask atau lebih dikenali sebagai ‘topeng firaun’.

Dalam pada itu katanya, TZR turut berkolaborasi dengan UMT dan Jabatan Pertanian Negeri Terengganu untuk memperkasakan lagi industri tanaman hiasan menerusi pelbagai kajian.

– Bernama

Continue Reading

Previous: Malaysia umum dua inisiatif utama
Next: Bank Malaysia kekal berdaya saing

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.