Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • NTW 2025 tarik 8,000 peserta di Sarawak, anjur program latihan percuma
  • SEMASA

NTW 2025 tarik 8,000 peserta di Sarawak, anjur program latihan percuma

Utusan Sarawak 12 hours ago
RAKAMAN gambar kenangan selepas selesai Majlis Penutupan Minggu Latihan Kebangsaan (National Training Week – NTW) 2025 hari ini. Foto: Amanda L

KUCHING: Edisi Sarawak bagi Minggu Latihan Kebangsaan atau National Training Week (NTW) 2025 mencatat sambutan luar biasa apabila ribuan pengunjung menyertai program ‘Learn On The Go’ anjuran Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp).

Ketua Wilayah Sarawak HRD Corp, Tuty Bujang berkata program latihan percuma itu terbuka kepada semua peringkat umur dan menerima lebih 8,000 pendaftaran setakat ini.

“NTW kini memasuki tahun ketiga dan kami lihat peningkatan ketara setiap tahun. 

“Tahun ini, jumlah rakan kolaborator meningkat lebih 50 peratus dengan 45 organisasi terlibat,” katanya selepas majlis penutupan program tersebut di Aeon Mall Kuching, hari ini. 

RAKAMAN gambar kenangan selepas selesai Majlis Penutupan Minggu Latihan Kebangsaan (National Training Week – NTW) 2025. Foto: Amanda L

Beliau berkata sebanyak 377 program latihan telah berdaftar setakat ini untuk tempoh NTW yang berlangsung dari 16 hingga 21 Jun.

Menurutnya, sambutan rakyat Sarawak amat membanggakan dan melebihi jangkaan pihak penganjur walaupun lokasi diadakan di pusat beli-belah.

“Rakyat Sarawak benar-benar mengejutkan kami dengan sokongan dan semangat mereka. Terima kasih atas penyertaan yang luar biasa,” katanya.

PENYERAHAN Buku Terpakai kepada Pengerusi Negeri PPWS, Dato Norhyati Mohd Ismail (empat kiri) pada Majlis Penutupan Minggu Latihan Kebangsaan (National Training Week – NTW) 2025 di Aeon Mall Kuching, hari ini. Foto: Amanda L

NTW 2025 turut mencatat lebih sejuta peserta di seluruh negara dan menarik penyertaan antarabangsa termasuk dari China, Indonesia dan negara ASEAN lain.

Majlis hari ini turut menyaksikan penyampaian sijil penghargaan kepada Rakan Kerjasama NTW serta penyerahan buku terpakai kepada Pengerusi Negeri Persatuan Pengusaha Wanita Sarawak (PPWS), Dato Norhyati Mohd Ismail.

Orang ramai masih boleh mendaftar program latihan secara percuma melalui www.nationaltrainingweek.gov.my.

Oleh Amanda L

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: MBKS raikan Hari Bapa, edar ‘shoutao’ tanda penghargaan
Next: Ahmad Zahid, Fadillah ucap Selamat Hari Bapa, angkat pengorbanan seorang ayah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.