Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • NSW berhasrat untuk bekerjasama dengan Sarawak dalam bidang tenaga hijau
  • SEMASA

NSW berhasrat untuk bekerjasama dengan Sarawak dalam bidang tenaga hijau

Utusan Sarawak 2 months ago
KUNJUNGAN HORMAT… (Dari kiri) Pengarah NSW Trade & Investment Alia Jaafar, Pesuruhjaya Perdagangan Kanan NSW Andrew Parker, Datuk Dr Hazland Abg Hipni, Presiden Sarawak-Australia Business Chamber Rodger Chan merakam gambar bersama pada kunjungan hormat New South Wales (NSW), Australia di pejabar beliau, hari ini.

KUCHING: Sarawak dan New South Wales (NSW), Australia, berpotensi menjalinkan kerjasama dalam bidang tenaga hijau susulan kunjungan hormat oleh Pesuruhjaya Perdagangan Kanan NSW, Andrew James Parker, kepada Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar, Datuk Dr Hazland Abg Hipni, hari ini.

Dalam pertemuan tersebut, Parker menyatakan minat NSW untuk memperkukuh hubungan dengan Sarawak, khususnya dalam tenaga boleh diperbaharui dan kelestarian alam sekitar.

Katanya, NSW, memiliki kepakaran teknologi terkini dalam tenaga solar, angin dan hidroelektrik, yang boleh dimanfaatkan dalam kerjasama dengan Sarawak.

Sarawak giat mengembangkan sektor tenaga hijau dengan sumber semula jadi yang melimpah, termasuk hidroelektrik, tenaga suria dan biomassa, selaras dengan usaha mengurangkan jejak karbon serta peralihan ke arah ekonomi rendah karbon di peringkat serantau.

“Kami mengiktiraf potensi besar Sarawak dalam tenaga boleh diperbaharui, khususnya hidroelektrik, dan melihat banyak peluang kerjasama. 

Dengan keupayaan teknologi hijau yang maju, NSW berhasrat untuk bekerjasama dengan Sarawak dalam memajukan inisiatif tenaga mampan,” kata Parker.

Dr Hazland turut menyuarakan komitmen Sarawak dalam pembangunan tenaga lestari, termasuk usaha memperkukuh sumber tenaga sejajar dengan sasaran kelestarian global. 

Kedua-dua pihak membincangkan pelbagai bentuk kerjasama.

Antaranya, pembangunan projek tenaga boleh diperbaharui berskala besar, pertukaran kepakaran dalam teknologi penyimpanan tenaga, dan inovasi teknologi hijau.

Turut hadir dalam pertemuan tersebut ialah wakil Kementerian Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar, Sarawak Energy Berhad, PETROS, dan Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar, serta Presiden Sarawak-Australia Business Chamber (SABC) Rodger Chan, bersama delegasinya.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: UKAS kini Ahli Institut Akhbar Malaysia (MPI) 
Next: 300 kilometer paip lama di Bahagian Sarikei akan diganti baharu  

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.