Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • NSJA anjur program ‘Sayangi Pantai, Sayangi Miri’ di Pantai Brighton 12 Oktober ini
  • Utara
  • WILAYAH

NSJA anjur program ‘Sayangi Pantai, Sayangi Miri’ di Pantai Brighton 12 Oktober ini

Utusan Sarawak 4 days ago
BERKUNJUNG… Bendahari NSJA yang juga Pengerusi Penganjur, Andy Jong Wan Joon (kiri) bersama ahli jawatankuasa penganjur mengadakan kunjungan hormat kepada Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri, Adam Yii Siew Sang (tiga dari kanan) baru-baru ini.

MIRI: Persatuan Wartawan Sarawak Utara (NSJA) akan menganjurkan Program Pembersihan Pantai ‘Sayangi Pantai, Sayangi Miri’ 2.0 pada 12 Oktober ini di Pantai Brighton, Jalan Brighton Miri, bermula 6.15 pagi hingga 10.00 pagi.

Bendahari NSJA yang juga Pengerusi Penganjur, Andy Jong Wan Joon berkata, program berkenaan pada asalnya dijadualkan di Pantai Luak Esplanade, namun dipindahkan ke Pantai Brighton atas cadangan Majlis Bandaraya Miri (MBM).

Katanya, pemilihan lokasi baharu itu dibuat kerana Pantai Brighton jarang menjadi tumpuan program pembersihan, sekali gus memberi peluang kepada para sukarelawan untuk menyumbang kepada kebersihan kawasan tersebut.

“Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri, Adam Yii Siew Sang telah mengarahkan MBM untuk membersihkan laluan berhampiran Pejabat Kesihatan Miri menuju ke Pantai Brighton bagi memudahkan pergerakan peserta sepanjang program berlangsung,” ujarnya.

Tambah Andy, seramai 150 sukarelawan telah mendaftar bagi menyertai program tersebut, termasuk 25 wartawan, sebagai tanda komitmen terhadap semangat kesukarelawanan dan tanggungjawab sosial dalam memelihara alam sekitar.

Sementara itu, Presiden NSJA, Chai Chon Chin, berkata program ini bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai pentingnya menjaga kebersihan pantai serta menggalakkan penglibatan komuniti dalam usaha pemuliharaan alam sekitar.

Jelasnya, inisiatif ini turut selari dengan enam Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), iaitu Matlamat 6: Air Bersih dan Sanitasi, Matlamat 11: Bandar dan Komuniti Lestari, Matlamat 13: Tindakan terhadap Perubahan Iklim, Matlamat 14: Hidupan di Bawah Air, Matlamat 15: Hidupan di Darat serta Matlamat 17: Perkongsian untuk Mencapai Matlamat.

“Program ini juga merupakan sebahagian daripada aktiviti komuniti sempena sambutan ulang tahun ke-50 NSJA. Kami berharap usaha ini memberi impak positif terhadap imej Miri sebagai bandar pelancongan yang bersih dan lestari,” tambahnya.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: APM Beluru segera bersihkan pokok tumbang halang laluan sungai
Next: Program motivasi bina jati diri lonjak potensi belia Kenyah di Bintulu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.