Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • NSJA anjur kempen pembersihan pantai, lebih 2,000 kilogram sampah berjaya dikutip
  • Utara
  • WILAYAH

NSJA anjur kempen pembersihan pantai, lebih 2,000 kilogram sampah berjaya dikutip

Utusan Sarawak 6 days ago
UNTUK ALBUM….Para peserta merakamkan gambar kenangan pada Kempen Pembersihan Pantai ‘Sayangi Pantai, Sayangi Miri’ 2.0 anjuran Persatuan Wartawan Utara Sarawak (NSJA) hari ini.

MIRI: Sebanyak 2,121.40 kilogram sampah berjaya dikutip di Pantai Brighton di sini menerusi Kempen Pembersihan Pantai ‘Sayangi Pantai, Sayangi Miri’ 2.0 yang dianjurkan oleh Persatuan Wartawan Utara Sarawak (NSJA), hari ini.

Program tersebut disertai lebih 150 sukarelawan daripada 16 kumpulan peserta, terdiri daripada wakil media, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), syarikat swasta, agensi kerajaan serta orang awam.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri (MBM), Adam Yii Siew Sang, yang turut hadir dan merasmikan program itu, meluahkan rasa bangga terhadap semangat sukarelawan yang ditunjukkan para peserta.

“Saya amat berbesar hati melihat semua pihak berkumpul demi satu tujuan murni untuk masyarakat.

“Setiap tangan yang memungut sampah bukan sekadar membersihkan pantai, tetapi turut mengangkat semangat dan tanggungjawab komuniti kita,” katanya ketika berucap pada program tersebut.

Adam Yii, turut merakamkan penghargaan kepada Pengerusi Penganjur, Andy Jong Wan Joon, Presiden NSJA, Chai Chon Chin, serta seluruh jawatankuasa penganjur atas dedikasi mereka menjayakan kempen berkenaan.

Beliau berkata, program seperti ini bukan sahaja membantu mengekalkan kebersihan pantai dan imej bandar Miri, tetapi juga meningkatkan kesedaran awam tentang kepentingan menjaga alam sekitar.

“Perlindungan alam sekitar bukan usaha sehari, tetapi komitmen seumur hidup oleh semua. Inisiatif seperti ini memperkukuh kesedaran dan menjadikan prihatin terhadap alam sekitar sebagai budaya warga Miri,” ujarnya.

Menurut beliau, Majlis Bandaraya Miri (MBM) komited untuk terus mempromosikan program pemeliharaan alam sekitar dan penghijauan bandar, namun kejayaan usaha tersebut bergantung kepada kerjasama kolektif masyarakat.

“Kerajaan tidak dapat melaksanakan semua ini sendirian. Hanya melalui penyertaan aktif semua pihak, kita dapat membina sebuah bandar yang bersih, selesa didiami dan mampan,” tambahnya.

Beliau turut menyatakan harapan agar lebih banyak penyertaan daripada sekolah dan keluarga pada masa akan datang, bagi menyemai nilai cinta alam dalam kalangan generasi muda.

Program ini, katanya, seiring dengan Wawasan Bandar Hijau dan Pintar Miri, yang menekankan aspek kelestarian dan penyertaan rakyat sebagai asas kepada pembangunan mampan bandar raya tersebut.

“Apabila setiap rakyat mengambil tindakan menjaga rumah bersama, bandar kita menjadi lebih bersih, lebih pintar dan lebih harmoni,” katanya lagi.

Program ‘Sayangi Pantai, Sayangi Miri’ 2.0 turut mendapat sokongan pelbagai agensi serta penaja tempatan, sebagai simbol komitmen bersama terhadap usaha pemuliharaan alam sekitar di bandar raya ini.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: Eksklusif: Musim buah Dabai sudah bermula di Pasar Sentral Sibu
Next: Kesedaran derma darah dipupuk melalui inisiatif BBP Bintangor

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.