Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Novel Malaysia cetus dialog budaya sastera pertama Malaysia-Bulgaria
  • SEMASA

Novel Malaysia cetus dialog budaya sastera pertama Malaysia-Bulgaria

Utusan Sarawak 2 days ago

KUALA LUMPUR: Sebuah novel Malaysia telah membuka lembaran baharu dalam diplomasi budaya apabila The House of Doors karya Tan Twan Eng mengilhamkan penganjuran Dialog Diplomasi Sastera Malaysia-Bulgaria yang pertama di Helsinki.

Novel tersebut, yang ditemukan dalam versi terjemahan bahasa Bulgaria oleh Duta Besar Bulgaria ke Finland, Nina Angelova Simova, mendorong Kedutaan Malaysia di Helsinki untuk menganjurkan acara itu, yang menghimpunkan pembaca dari Malaysia, Bulgaria dan Finland dalam bidang sastera, penulisan kreatif, seni dan hubungan antarabangsa.

Dialog itu dikendalikan oleh Kuasa Usaha Kedutaan Besar Malaysia di Helsinki Ariff Ali yang menyatakan dialog itu berkisar pada karya Tan yang terkenal, mencetuskan refleksi bernas tentang identiti, kolonialisme, jantina, ingatan, dan kuasa penceritaan yang tenang namun berkekalan.

“Acara mercu tanda ini menetapkan duluan bermakna bagi diplomasi sastera dan dialog silang budaya bagi kedua-dua negara kita.

“Kami berharap lebih banyak karya penulis Malaysia akan terus menembusi khalayak bukan sahaja di Malaysia, Finland dan Bulgaria, malah di seluruh landskap sastera Eropah dan global,” menurut kenyataan Kedutaan Malaysia.

Acara itu turut menyerlahkan peranan penting terjemahan dalam pertukaran budaya.

“Edisi Bulgaria The House of Doors dipuji kerana mengekalkan keanggunan prosa Tan yang tenang. Para peserta menyatakan bahawa terjemahan bukan sekadar tindakan linguistik – ia adalah satu penggambaran semula yang merentas sempadan tanpa menyimpang daripada inti pati cerita,” menurut kenyataan itu lagi.

Dalam acara tersebut, Tan berkongsi pandangannya mengenai proses penulisan, penggambaran watak dan sumber inspirasi menerusi mesej rakaman video yang bersifat jujur dan memberi pencerahan. Beliau turut menekankan kuasa halus sastera dalam merapatkan budaya:

“Sastera ialah alat diplomasi yang amat berkuasa, dengan potensi yang besar, namun sayangnya, ia sering tidak dimanfaatkan dan kurang dihargai nilainya,” katanya.– Bernama

Continue Reading

Previous: Tun Wan Junaidi terima kunjungan hormat Jawatankuasa Sambutan Gawai 2025
Next: Tun Wan Junaidi kurniakan Darjah Kebesaran Negeri Sarawak kepada 151 penerima

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.