Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Noryn Aziz cari kelainan, tidak mahu terikat dengan jaz
  • HIBURAN

Noryn Aziz cari kelainan, tidak mahu terikat dengan jaz

Utusan Sarawak 1 day ago

KUALA LUMPUR: Lebih 25 tahun mencipta nama dalam industri hiburan, penyanyi bersuara lunak yang cukup sinonim dengan irama jaz, Noryn Aziz mahu keluar dari kepompong genre yang selama ini membentuk identitinya.

Mengakui jaz tetap menjadi genre paling dekat di hatinya, penyanyi berusia 48 tahun itu berasakan sudah tiba masa untuk dirinya tampil lebih versatil dan mempamerkan sisi berbeza dalam kerjayanya.

“Sepanjang kerjaya, memang saya sering mendapat permintaan menyanyikan lagu jaz, contohnya di majlis… jadi dah melekat dan orang kata serasi sangat-sangat.

“Tapi bila dah lama dalam industri… saya rasa tak sepatutnya melabelkan karier dalam satu genre sahaja kerana saya dah pernah buat pop rock, pop, jaz. Malah, dalam satu pertandingan baru-baru ini saya dah tampilkan sisi serba boleh,” katanya dalam program Show Buzz terbitan Bernama Radio baru-baru ini. 

Justeru, menerusi konsert “This Is Noryn Aziz”yang bakal berlangsung pada 12 Sept ini di Auditorium DBKL, penyanyi bersuara emas itu dijangka menyanyikan lebih 20 lagu dalam pelbagai genre, sekali gus meraikan perjalanan kerjayanya lebih dua dekad sebagai penyanyi. 

Menurut Noryn, persembahan itu bukan sekadar sebuah konsert, tetapi satu penceritaan visual dan emosi tentang perjalanan seninya, daripada seorang pelajar muzik menjadi penyanyi jaz profesional dan hingga kini seorang penghibur matang yang lebih yakin dengan identiti sendiri.

“Saya nak kongsi bukan saja lagu-lagu yang pernah saya nyanyikan, tetapi rasa hati dan emosi saya sebagai seorang wanita. Mungkin ada cerita peribadi yang saya tak pernah kongsi di media sosial, tapi pada malam itu nanti semuanya akan dizahirkan melalui lagu,” katanya penuh jujur.

Menambah kelainan, Noryn turut akan mempersembahkan single terbaharunya berjudul Kaki Kiriku yang bakal dilancarkan Jumaat ini, sebuah lagu yang cukup unik dengan elemen tongue twister atau pematah lidah yang diselitkan secara kreatif ke dalam melodi.

“Dalam lagu ni ada bait lirik seperti ‘Kakakku kata kuku kaki … kaki kiriku’. Bunyi macam main-main, tapi sebenarnya cabaran besar juga nak sebut dalam tempo ‘jazzy’, tapi inilah cara saya nak tarik perhatian generasi baharu untuk hargai jaz dengan pendekatan moden dan menghiburkan,” jelasnya sambil ketawa kecil.

Menjelang konsert itu, pelantun lagu Fantasi Oh Realiti ini tidak mengambil mudah soal persiapan dan kini giat melakukan latihan vokal intensif selain menjaga stamina melalui senaman. 

“Pelik sikit saya ni, kerana saya tak selesa guna teknologi sekarang macam prompter dan in-ear monitor, jadi saya perlu hafal lagu betul-betul,” katanya. – Bernama

Continue Reading

Previous: Song Joong Ki tetapkan batas waktu untuk isteri bertemu rakan lelaki
Next: Hetty Koes Endang & Friends 2025: Konsert amal pertama di Utara Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.