ADENG IDRUS
LAWAS: Norma baharu kini secara tidak langsung telah mempengaruhi sektor ekonomi dan mengerakkan usahawan kecil serta komuniti penjaja ke arah ekonomi digital.
Menteri Muda Perdagangan Antarabangsa dan Perindustrian , Industri Terminal dan Usahawan (MINTRED); Datuk Mohd Naroden Majais berkata, para pengguna kini mempunyai beberapa pilihan untuk menempah barangan keperluan secara digital terutama semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Covid-19 kini dan menjelang musim perayaan yang bakal tiba iaitu Hari Raya Puasa dan Gawai.
Urus niaga atas talian kini terus berkembang sejajar dengan keadaan semasa khususnya ketika arahan PKP dikuatkuasa.
Kini, para peniaga mahupun pengguna boleh menggunakan beberapa aplikasi digital untuk menempah atau menjual pelbagai jenis barangan keperluan harian khususnya di bulan Ramadan dan sepanjang PKP.
Kementerian bertanggungjawab juga telah memulakan satu program yang dinamakan BAZAAR RAMADAN SARAWAKKU SAYANG ( BROSS ) .
Program ini boleh digunakan dalam mana-mana musim dan menggunakan beberapa Platfom Digital atau e- commerce. . Salah satu daripada platfom e- Commerce yang Kementerian wujudkan ialah App “HELPY “ .
Mohd Naroden menyatakan demikian sewaktu pelancaran program HELPY di Lawas semalam.
Hadir sama ialah Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hassan, Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar Dato Henry Sum Agong, ADUN Batu Danau Paulus Palu Gumbang, Residen Bahagian Limbang Ir Ahmad Denney Ahmad Fauzi dan Pegawai Daerah Lawas Ladin Atok.
Seterusnya melalui landasan e- commerce Helpy ini akan membantu para usahawan mempromosikan barangan mereka , membantu para pengguna mencari barang keperluan ( Shopping), dan seterusnya menghantar barangan belian itu terus ke rumah mereka mengikut tarikh dan masa yang telah dipilih.
Applikasi HELPY ini memberi perkhidmatan from END to END atau LAST MILE services.
“Kalau kita memilih program digital BROSS , kita boleh download atau muatkan Apps “HELPY “ sebagai contoh dan cuba ikut PANDUAN mengikut sequence / steps seperti berikut ( 6 steps).
Untuk memuatkan apps HELPY ataupun applikasi yang serupa , pastikan kita ada perkhidmatan INTERNET , handfon , e-mail dan password/ pin number kita. Kemudian Muatkan HELPY ( www.helpy.my) samada mengguna Google Play atau App Store,” tambahnya.
Menurut Mohd Naroden lagi, sambutan terhadap program BROSS dengan platfom HELPY telah berkembang dengan kadar yang sangat cepat .
Sejak pengumuman perlaksaan PKP pada 18 Mac yang lalu , BROSS mula di lancar secara sederhana dan sekarang sudah berkembang ke seluruh 12 Bahagian di Sarawak .
Kini BROSS sudah mempunyai ahli atau Vendor sebanyak 1,721 orang usahawan dan 410 orang RUNNERS yang berlesen dan sudah juga di inokulasi dengan Vaccine TYPHOID untuk mempastikan parapenghantar barangan itu bersih dan sihat.
BROSS juga mempunyai pengikut FB nya sebanyak 95, 725 orang seluruh Negeri. Jumlah vendor ( usahawan ) , runners ( penghantar ), dan pengikut melalui Fb BROSS akan bertambah setiap masa .
Jaringan BROSS sudah berkembang dari Bahagian Kuching hingga ke
Limbang.
Mohd Naroden turut gembira melihat Bahagian Kapit kini sudah ada beberapa orang vendor dengan Runners nya sekali. Manakala di Bahagian Limbang sudah ada 100 orang uasahawan / vendors berdaftar dan dijangka memulakan operasi penghantaran minggu ini.
Walau bagaimanapun, oleh kerana penghantaran pakaian seragam untuk para runners di Limbang dan Kapit belum dapat di hantar kerana kawalan Covid ini , maka para runners dalam Bahagian ini belum menggunakan seragam Helpy.
Selain itu, Mohd Naroden memberitahu bahawa panduan ini mungkin tidak seberapa jelas , namun pengguna di zaman Digital Ekonomi sekarang harus belajar serba sedikit cara mengguna teknologi moden ini.
“Jarang sekali kita lihat orang tidak memiliki telefon bimbit.
Majoriti antara kita memiliki telefon bimbit dan mungkin ada yang memiliki lebih daripada satu telefon bimbit,” ujarnya.
Selaras dengan Dasar dan impian Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Zohari Tun Abang Hj Openg , teknologi akan mengubah cara rakyat Sarawak bekerja.
Seterusnya lama kelamaan penggunaan teknologi dan internet akan menjadi BUDAYA rakyat Sarawak .
Musibah yang sedang melanda dengan wabak Covid 19 , rakyat tidak ada pilihan lain , melainkan mendekat mereka dan menghayati teknologi sebagai cara hidup rakyat di masa akan datang.