Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Norismadi Presiden SAM baharu
  • SUKAN

Norismadi Presiden SAM baharu

Utusan Sarawak 4 years ago
BARISAN Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia penggal 2020-2023 yang dipilih, semalam.

NORISMADI Abd Manap  dari Radio Televisyen Malaysia (RTM) dipilih sebagai Presiden baharu Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) untuk penggal 2020-2023 selepas meraih kemenangan dengan kelebihan satu undi ke atas penyandang jawatan, Dato Jasni Shafie semalam.

Norismadi meraih 47 undi manakala Jasni mendapat 46 undi dan satu undi rosak.

Sejumlah 106 ahli SAM layak mengundi pada proses pengundian semula itu yang berlangsung di dewan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara.

Daripada jumlah tersebut hanya 94 ahli yang hadir bagi menjalankan amanah mereka.

Pengundian semula itu diadakan selepas dua calon jawatan Presiden dan dua calon untuk mengisi satu jawatan Exco telah mendapat undi yang sama pada Mesyuarat Agung Tri-Tahunan SAM 2020-2023 di TH Hotel, Kelana Jaya, 3 April lalu.

Dua calon Presiden iaitu Jasni dan Norismadi masing-masing terikat dengan 51 undi manakala dua calon untuk mengisi satu jawatan Exco, Ajitpal Singh Dhaliwal (New Strait Times) dan Vikneswaran Raman (Bernama) terikat dengan 57 undi.

Begitupun, hanya jawatan Presiden sahaja yang melalui proses pengundian semula itu manalaka satu jawatan Exco telah dimenangi oleh Ajitpal Singh selepas seorang lagi calon, Vikneswaran Raman  menarik diri pada saat akhir.

Dengan kemenangan itu, Norismadi menjadi ahli SAM pertama daripada RTM memegang jawatan tertinggi dalam persatuan tersebut.

Jawatan lain dalam persatuan tersebut telah diisi pada AGM 3 April lalu yang menyaksikan Faisal Jamal (RTM) memegang tanggungjawab sebagai Timbalan Presiden manakala Hafizal Hamad (Astro Arena) dan Mohd. Hazreen Nor Mubarak (TV3) mengisi dua jawatan Naib Presiden.

Asan Ahmad (Hubmedia) pula menang tanpa bertanding jawatan Setiausaha Agung manakala Azhari Mohd Yusof dilantik sebagai Bendahari selepas turut menang tanpa bertanding.

Bagi lima jawatan ahli Exco ia diketuai Zuriati Zulmi (Bernama), Wan Nor Bazly Wan Azmi (Astro Arena), Ku Mohd Lufti Ku Yahya (Media247), Mohammad Rozaidi Zulkifli (Utusan Malaysia) dan Ajitpal Singh (NSTP).

Wakil daripada Majlis Olimpik Malaysia dan Majlis Sukan Negara telah menjadi pemerhati bebas pada majlis pengundian semula itu.

BARISAN AHLI JAWATANKUASA SAM BAGI PENGGAL 2020-2023

Presiden: Norismadi Abd Manap (RTM)

Timbalan Presiden: Faisal Jamal (RTM)

Naib Presiden:

Mohd.Hazreen Nor Mubarak (TV3)

Mohd Hafizal Hamad (Astro Arena)

Setiausaha Agung: Asan Ahmad (Hubmedia) – Menang tanpa bertanding

Bendahari: Azhari Mohd Yusof (Menang tanpa bertanding)

Ahli Exco

Zuriati Zulmi (Bernama)

Wan Nor Bazly Wan Azmi (Astro Arena)

Ku Mohd Lufti Ku Yahya (Media247)

Mohammad Rozaidi Zulkifli (Utusan Malaysia)

Ajitpal Singh (NSTP)

Continue Reading

Previous: USAH TERLALU SELESA
Next: Lahirkan pemain berkualiti

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.