Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Noor Aishah, isteri Presiden pertama Singapura Yusof Ishak meninggal dunia
  • GLOBAL

Noor Aishah, isteri Presiden pertama Singapura Yusof Ishak meninggal dunia

Utusan Sarawak 3 weeks ago
ALLAHYARHAMAH Noor Aishah Mohammad Salim akan dikebumikan hari ini di Tanah Perkuburan Negeri Kranji, bersebelahan pusara suaminya.

SINGAPURA: Bekas Wanita Pertama Singapura Noor Aishah Mohammad Salim, 91 tahun,  balu kepada presiden pertama negara Yusof Ishak, meninggal dunia, hari ini.

Dalam satu kenyataan, Pejabat Perdana Menteri (PMO) berkata Noor Aishah meninggal dunia di Hospital Besar Singapura pada 4.28 pagi.

“Perdana Menteri dan anggota Kabinet amat berdukacita dengan pemergian Noor Aishah Mohammad Salim, isteri Presiden pertama Singapura Yusof Ishak. Mereka mengucapkan takziah kepada keluarganya dalam masa yang sukar ini,” katanya.

PMO turut memaklumkan bahawa kerajaan akan membantu menguruskan pengebumian sebagai penghargaan atas sumbangannya kepada negara.

Allahyarham akan dikebumikan hari ini di Tanah Perkuburan Negeri Kranji, bersebelahan pusara suaminya.

Sebagai tanda penghormatan, jenazah akan diberi penghormatan diusung menggunakan Pedati Meriam Upacara dari Masjid Ba’alwie ke Tanah Perkuburan Negara Kranji.

Noor Aishah merupakan tonggak sokongan kepada Allahyarham Presiden sepanjang tempoh perkhidmatannya dari 1959 hingga 1970 – satu tempoh penting dalam sejarah Singapura yang menyaksikan cabaran membina negara.

“Beliau juga aktif dalam kerja amal dan memperjuangkan pelbagai inisiatif sosial, khususnya dalam membantu golongan wanita, kanak-kanak dan mereka yang kurang bernasib baik.

“Sifat lemah lembut, rendah diri dan dedikasinya yang tidak berbelah bahagi telah meraih penghormatan rakyat Singapura daripada pelbagai lapisan masyarakat, dan terus menjadi inspirasi sehingga hari ini,” menurut kenyataan itu.

Bagi menghargai sumbangan Allahyarham, Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan telah menganugerahkan Pingat Kehormatan Khas kepada beliau pada 1971 dan disenaraikan dalam Dewan Kemasyhuran Wanita Singapura pada 2018.

Perdana Menteri Lawrence Wong turut merakamkan penghargaan kepada Allahyarham menerusi satu hantaran di Facebook, menyatakan bahawa sifat penyayang dan khidmat beliau telah menyentuh banyak kehidupan.

Beliau berkata, selain peranannya di Istana, Noor Aishah turut mencurahkan khidmat bakti dalam kerja kemasyarakatan menerusi pertubuhan seperti Palang Merah Singapura dan Persatuan Wanita Islam Singapura.

“Semoga legasi beliau terus memberi inspirasi kepada kita semua,” katanya.

Dilahirkan pada 21 Mei 1933 di Selangor, Noor Aishah membesar di Pulau Pinang.

Beliau berkahwin dengan Yusof, yang ketika itu merupakan pengasas dan pengarah urusan Utusan Melayu, pada 1949.

Pada 1959, ketika berusia 26 tahun, beliau menjadi Wanita Pertama Singapura apabila Yusof dilantik sebagai Yang di-Pertuan Negara dan kemudiannya menjadi Presiden pertama negara itu. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Vatican: Pope Francis meninggal dunia akibat strok, kegagalan jantung
Next: Pengebumian Paus Francis ditetapkan pada Sabtu di Rom

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.