Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Nombor pendaftaran ‘A__A’ kutip hasil bidaan lebih RM24 juta – Loke
  • SEMASA

Nombor pendaftaran ‘A__A’ kutip hasil bidaan lebih RM24 juta – Loke

Utusan Sarawak 3 weeks ago
MENTERI Pengangkutan Anthony Loke melihat Kenderaan Elektrik (EV) pada majlis Pelancaran Program Latihan Pemandu Lori Pengangkut Kereta untuk Pengendalian Kenderaan EV di Port Klang Cruise Terminal hari ini. Foto BERNAMA

PELABUHAN KLANG: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengutip hasil bidaan lebih RM24 juta bagi Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI) Siri ‘A__A’ sempena sambutan ulang tahun JPJ ke-79.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata dalam tempoh lima hari bidaan berakhir semalam, A9A mencatat bidaan tertinggi dengan RM902,020, diikuti A11A (RM703,007), A8A (RM700,000), A7A (RM502,000) dan A2A (RM490,888).

“Lima nombor paling banyak dibida ialah A51A dengan 40 pembida, A101A (31), A8118A (29), manakala 1881A serta A19A masing-masing sebanyak 27 pembida,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Latihan Pemandu Lori Pengangkut Kereta untuk Pengendalian Kenderaan Elektrik (EV) di sini hari ini.

Loke berkata hasil bidaan NPI termasuk siri A__A akan dipulangkan semula kepada rakyat menerusi pelaksanaan inisiatif-inisiatif di bawah Kementerian Pengangkutan seperti program MyLESEN, pertukaran topi keledar dan Program FlySISWA.

Beliau berterima kasih kepada semua yang membida bagi mendapatkan NPI itu sejak bidaan dibuka secara dalam talian melalui Sistem JPJeBid pada 19 April. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: 38 wartawan veteran terima Anugerah Perkhidmatan Lama sempena Majlis Jubli Emas NSJA
Next: Sarawak Energy perhebat inisiatif pendigitalan tingkat kemudahan pelanggan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.