Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Nokia ketuai projek teknologi tanpa pengendali
  • GLOBAL

Nokia ketuai projek teknologi tanpa pengendali

Utusan Sarawak 2 days ago

MOSCOW: Pengeluar elektronik dari Finland, Nokia akan mengetuai sebuah projek teknologi tanpa pengendali bagi melindungi infrastruktur di Eropah, menurut syarikat itu malam tadi, lapor Sputnik/RIA Novosti.

“Nokia telah dipilih untuk mengetuai PROACTIF, sebuah projek yang dibiayai oleh Inisiatif Bersama Cip Kesatuan Eropah.

“Projek ini bertujuan memperkukuh daya tahan teknologi dan kepimpinan Eropah dalam teknologi Elektronik, Komponen dan Sistem (ECS), serta menyokong autonomi industri dron dan robotik Eropah,” menurut kenyataan Nokia.

Menurut syarikat itu, konsortium berkenaan akan menggabungkan 42 syarikat teknologi Eropah dari 13 negara.

Projek ini dijangka mentakrif semula cara pengurusan situasi kecemasan serta infrastruktur kritikal di Eropah.

Ia juga akan menyatukan institusi akademik, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta peneraju industri bagi membangunkan sistem kenderaan tanpa pengendali (UxV) yang “berteknologi tinggi, menjimatkan kos, mesra alam, selamat dan terjamin keselamatan siber,” menurut kenyataan itu.

Nokia menjangkakan hasil pendapatan sebanyak 90 juta euro (AS$102.4 juta) menjelang 2035, selain membangunkan 50 produk dan 15 paten industri baharu, tambah kenyataan itu. – Bernama – Sputnik/RIA Novosti

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Keruntuhan sistem kesihatan ancam nyawa kanak-kanak di Gaza
Next: Saintis temui planet besar mengorbit bintang kecil

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.