Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Nok Air bakal lancar penerbangan terus Bangkok-KL Julai Ini
  • NASIONAL

Nok Air bakal lancar penerbangan terus Bangkok-KL Julai Ini

Utusan Sarawak 9 hours ago
NOK AIR bakal lancar penerbangan terus Bangkok-KL Julai Ini. Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan tambang rendah Thailand, Nok Air, dijangka melancarkan perkhidmatan penerbangan terus antara Bangkok dan Kuala Lumpur pada Julai ini, sekali gus memperkukuh hubungan serta ketersambungan penerbangan serantau.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya  Datuk Seri Tiong King Sing berkata, Kuala Lumpur dikenal pasti sebagai destinasi antarabangsa keutamaan oleh syarikat berkenaan dengan persiapan bagi penerbangan sulung sedang giat dijalankan.

Dalam hantaran di Facebook, beliau menyifatkan pelancaran laluan baharu itu bukan sekadar penambahan destinasi, sebaliknya langkah penting dalam memperkukuh hubungan penerbangan antara Malaysia dan Thailand, selaras dengan peningkatan permintaan perjalanan di rantau ini.

“Hubungan penerbangan terus yang lebih cekap dijangka meningkatkan keselesaan perjalanan, menyokong pertumbuhan pelancongan serta memudahkan urusan pertukaran perniagaan antara kedua-dua negara,” katanya selepas mengadakan pertemuan dengan wakil kanan Nok Air bagi membincangkan rancangan pengembangan syarikat itu.

Tiong turut memaklumkan bahawa Nok Air memiliki rangkaian domestik luas meliputi 16 destinasi di Thailand termasuk Chiang Mai, Chiang Rai, Phuket dan Krabi, sekali gus membolehkan pembentukan laluan perjalanan lebih lancar kepada penumpang.

Beliau berkata, rangkaian sedia ada itu disokong permintaan tempatan yang stabil, menjadi asas kukuh bagi menyokong pengembangan operasi syarikat berkenaan ke Malaysia serta memperkukuh ekosistem perjalanan serantau yang lebih bersepadu.

Dalam pada itu, Tiong berkata, beliau turut mencadangkan peluasan laluan baharu termasuk kemungkinan penerbangan terus antara Kuala Lumpur dan Chiang Rai serta pengukuhan hubungan dengan Chiang Mai.

“Pelancong dari Malaysia ke Chiang Rai ketika ini masih perlu melalui transit, sekali gus menunjukkan ruang jelas untuk meningkatkan akses serta membuka potensi permintaan yang belum diterokai,” katanya.

Menurut beliau, Chiang Mai dan Chiang Rai mempunyai daya tarikan tersendiri khususnya dalam sektor pelancongan budaya dan keagamaan, dengan Chiang Rai semakin mendapat perhatian dalam segmen pelancongan Buddha serantau.

“Peningkatan ketersambungan bukan sahaja memudahkan akses, malah mampu merangsang pertumbuhan pelancongan dua hala,” katanya.

Perbincangan turut menyentuh potensi laluan terus ke destinasi popular Malaysia lain seperti Pulau Pinang dan Langkawi, memandangkan penumpang dari Thailand ketika ini masih perlu transit di Kuala Lumpur untuk ke destinasi berkenaan.

Tiong memberi jaminan bahawa Tourism Malaysia akan bekerjasama rapat dengan Nok Air dalam menyokong pelaksanaan laluan baharu itu melalui penglibatan industri, promosi bersama, lawatan suai kenal serta kempen digital bagi meningkatkan kesedaran dan permintaan.

“Kerajaan kekal terbuka kepada kerjasama lebih erat dengan rakan syarikat penerbangan serantau seperti Nok Air, termasuk cadangan komersial yang berdaya maju bagi memperkukuh ketersambungan serta kedudukan Malaysia dalam landskap penerbangan serantau, di samping menyokong pertumbuhan pelancongan mampan,” katanya. – Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Sabah hanya ada lebih 2,000 doktor, cabaran penuhi perkhidmatan kesihatan
Next: SPRM bongkar salah guna kedudukan, pengubahan wang haram bekas CEO badan berkanun

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.