Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Niti Daun Gawai Dayak satukan komuniti pelbagai kaum
  • Utara
  • WILAYAH

Niti Daun Gawai Dayak satukan komuniti pelbagai kaum

Utusan Sarawak 1 day ago
MESRA… Kapitan William Thien (dari kanan), Penghulu Pui Kuan Phen, Kapitan Chiew, Kapitan Ho dan Kaunselor Chong yang turut menyertai perarakan Niti Daun Gawai Dayak 2025 Daerah Subis di Batu Niah, hari ini.

BATU NIAH: Perarakan Niti Daun Gawai Dayak 2025 Daerah Subis turut disertai komuniti Cina kawasan Batu Niah dan Sepupok, sekali gus memeriahkan acara tersebut.

Penghulu Pui Kuan Phen ketika ditemui Utusan Sarawak yang mengetuai komuniti Cina untuk perarakan itu berkata, penyertaan mereka sebagai semangat perpaduan dan menghormati kebudayaan masyarakat Dayak.

“Perarakan Niti Daun Gawai Dayak ini merupakan yang pertama kali diadakan di sini, kami hadir sebagai menyokong penuh aktiviti Dayak kawasan kita.

“Sangat gembira dan bangga mempunyai kawan-kawan Dayak.

“Kami yang terdiri daripada Kapitan William Thien, Kapitan Chiew, Kapitan Ho dan Kaunselor Chong sanggup memberi dan memakai baju burung tanda semangat perpaduan masyarakat,” katanya.

Turut hadir Pemanca Dr Ali Mudin dan Penghulu Ahmad Zaini serta ketua-ketua kampung setempat.

Oleh Adum Liu

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Komuniti Senadin raih manfaat khidmat Mobile Service 2U
Next: Ibu bapa perlu pantau penggunaan gajet anak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.