Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Nisbah jururawat dengan pesakit tidak seimbang – Sim
  • WILAYAH

Nisbah jururawat dengan pesakit tidak seimbang – Sim

Utusan Sarawak 2 years ago

UNTUK KENANGAN... Chieng merakam kenangan bersama semua peserta Persidangan Kejururawatan Sarawak (SNC) 2023, hari ini.

SIBU: Sarawak memerlukan lebih ramai jururawat terutamanya dalam penjagaan akut, penjagaan khusus dan untuk penempatan di klinik-klinik kawasan pedalaman negeri ini.

Timbalan Premier Sarawak, Dato Sri Dr Sim Kui Hian berkata, nisbah perkhidmatan jururawat di Sarawak adalah pada kadar 3.16 bagi 1,000 penduduk berdasarkan populasi Sarawak pada 2020 iaitu seramai 2,907,500 orang.

Menurutnya, nisbah bagi kebanyakan negara membangun adalah jauh lebih tinggi iaitu lapan  jururawat bagi 1,000 penduduk.

“Pada masa ini, 93.86 peratus atau 6,146 jawatan jururawat di bawah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak telah diisi, daripada 6,548 jawatan yang ditawarkan.

“Untuk jawatan jururawat desa (JM) pula, hanya 1,874 telah diisi daripada 2,875 kekosongan,” jelasnya menerusi teks ucapannya yang dibacakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek, Joseph Chieng merasmikan Persidangan Kejururawatan Sarawak (SNC) 2023, hari ini.

Kekurangan kenaikan pangkat

Dr Sim yang juga Menteri Kerajaan Tempatan memberitahu, terdapat dua isu utama berkaitan jururawat di Sarawak iaitu kekurangan jawatan kenaikan pangkat bagi jururawat kanan.

“Apabila seseorang jururawat itu dinaikkan pangkat, mereka perlu berpisah dari keluarga dan berpindah ke Semenanjung,” ujarnya.

Menyentuh tentang perkara ini, Chieng berharap Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) supaya mempertimbangkan jawatan yang lebih senior di Sarawak supaya jururawat-jururawat ini dapat tinggal di kampung halaman dan berkhidmat di Sarawak.

Pengambilan dan latihan JM dihentikan sejak 2015

“Satu isu lagi ialah kekurangan jururawat di kawasan luar bandar. Pengambilan dan latihan jururawat JM dihentikan sejak 2015, tetapi penaiktarafan jawatan JM kepada jawatan jururawat kakitangan tertangguh. 

“Malah, JM yang mengikuti latihan menjadi Jururawat Kakitangan lebih dua tahun yang lalu belum dilantik ke jawatan jururawat kakitangan,” ujarnya.

Katanya, KKM diharap dapat meneliti perkara ini untuk mendapatkan lebih ramai jururawat JM yang pada masa ini hanya 65.18 peratus. 

“Saya berharap kementerian kesihatan dapat memberi perhatian lebih terhadap isu ini untuk menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang lebih baik di kawasan luar bandar,” ujarnya lagi.

Persidangan yang bertemakan “Memupuk Paradigma Penjagaan Holistik” anjuran Persatuan Kejururawatan Profesional Sarawak (SNPA) Cawangan Sibu dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Bahagian Sibu telah disertai seramai 432 peserta.

Turut hadir, Pengarah Kejururawatan KKM Devi Saravana Muthu, Pengurus Klinikal Fakulti Perubatan, Kejururawatan dan Sains Kesihatan Universiti SEGi Margareth Wong, Pegawai Kesihatan Bahagian Sibu Dr Teh Jo Hun, Presiden SNPA Lee Na, Pengerusi SNPA Cawangan Sibu Daisy Su Ping King, Pengarah Hospital Sibu Dr Nanthakumar Thirunavukkarasu dan pengerusi penganjur Niyom Peter Angkau.

Oleh AKUN GIMAN

Continue Reading

Previous: Hujan berterusan, air naik di rumah panjang di Buloh Antu
Next: Saberkas Taman Bintang anjur pertandingan futsal

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.