Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Ninie Navila dinobat Ratu Etnik Pesta Saratok 2025
  • TEMPATAN

Ninie Navila dinobat Ratu Etnik Pesta Saratok 2025

Utusan Sarawak 1 day ago
RATU ETNIK…..Ninie Navila yang dinobatkan sebagai Ratu Etnik Pesta Saratok 2025, malam tadi. Foto Pusat Khidmat ADUN Kalaka

SARATOK: Kecantikan semula jadi, keanggunan tradisional dan kepetahan berbicara menjadi kunci kemenangan Ninie Navila, seorang warga pendidik yang berjaya menambat hati para juri dan penonton untuk dinobatkan sebagai Ratu Etnik Pesta Saratok 2025, malam tadi.

Ninie bukan sahaja menyerlah dari segi penampilan dan keperibadian, malah berjaya mencuri tumpuan dalam sesi soal jawab (Q&A) apabila memberi jawapan yang bernas, menghiburkan dan penuh keyakinan. Gabungan kualiti itu nyata memikat panel juri serta penonton yang memberi sorakan gemuruh sepanjang acara.

Kemenangan itu melayakkan Ninie membawa pulang wang tunai RM2,000 beserta trofi kejuaraan manakala tempat kedua disandang oleh Amelia Michelle Buran yang menerima RM1,500, serta tempat ketiga dimenangi Florita Sheena dengan hadiah RM1,000. 

Enam peserta lain masing-masing menerima hadiah saguhati sebagai penghargaan penyertaan mereka.

Kesemua hadiah pemenang telah disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri.

ADUN Kalaka, Mohamad Duri menyampaikan hadiah kepada Ninie Navila yang dinobatkan sebagai Ratu Etnik Pesta Saratok 2025, malam tadi. Foto Pusat Khidmat ADUN Kalaka

Dalam ucapannya, beliau berkata penganjuran pertandingan ini bukan sekadar menonjolkan kecantikan luar semata, malah turut menjadi platform memperkasakan wanita dalam memelihara nilai-nilai budaya dan intelektual masyarakat berbilang kaum di Sarawak.

“Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta, terutamanya kepada Ratu Etnik Pesta Saratok 2025, Ninie Navila. Tidak dilupakan juga penghargaan buat penganjur yang telah bertungkus-lumus memastikan kejayaan penganjuran edisi kali ini.

“Pesta Saratok 2025 terus menjadi wadah mengangkat keunikan warisan dan semangat perpaduan masyarakat Sarawak,” katanya.

Acara penuh gilang-gemilang yang berlangsung di Pentas Utama Pesta Saratok itu diserikan dengan kehadiran ribuan pengunjung dari dalam dan luar daerah. 

Seramai sembilan finalis jelitawan dari Saratok, Kuching, Miri, Bintulu dan Sibu bersaing merebut gelaran ratu dalam pertandingan berprestij itu.

Turut hadir memeriahkan suasana ialah Pegawai Daerah Saratok, Mohammad Dino Amid, Pemanca Lim Guan Ann, serta barisan Ketua-Ketua Masyarakat dan tetamu kehormat yang lain.

Oleh Adi Safarman

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Saratok pesat membangun seperti daerah lain di Sarawak
Next: MDSA tegas tangani isu haiwan terbiar dan ancaman rabies

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.