Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Nidji ‘galaukan’ hati 3,000 peminat di Kuching
  • HIBURAN

Nidji ‘galaukan’ hati 3,000 peminat di Kuching

Utusan Sarawak 3 weeks ago
RIBUAN peminat memenuhi Stadium Perpaduan Petra Jaya Kuching menyaksikan Konsert Nidji Pelangi Di Kuching malam tadi. Foto Masrin Affirah

PETRA JAYA: Malam penuh emosi tercipta menerusi Konsert Nidji Pelangi Di Kuching di Stadium Perpaduan di sini malam tadi apabila band rock Indonesia terkenal, Nidji, berjaya ‘menggalaukan’ hati lebih 3,000 peminat dalam konsert istimewa yang membuai rasa dan nostalgia.

PUKAU PEMINAT… Vokalis Nidji pukau peminat menerusi aksi persembahan yang mantap dan bertenaga.

Dibuka dengan lagu Heaven, Nidji tidak menunggu lama untuk menghidupkan pentas. Diiringi sorakan dan nyanyian beramai-ramai, suasana bertukar menjadi lautan energi yang sukar digambarkan.

AKSI vokalis Nidji, Ubay.

Setiap bait lagu seperti Biarlah, Bila Aku Jatuh Cinta, Laskar Pelangi, Sumpah dan Cinta Matiku, Rahasia Hati, Zayang-Zayang, Teman Sejati, Bila Aku Jatuh Cinta dinyanyikan bersama seolah-olah ia menjadi suara hati kolektif seluruh stadium.

“Saya rasa macam mimpi. Lagu Nidji banyak menemani saya sejak zaman sekolah. Malam ini sangat emosional,” kata Melati, peminat yang datang dari Sibu semata-mata untuk menyaksikan persembahan malam tadi.

Visual yang paling menyentuh hati ialah ketika Laskar Pelangi disambut oleh nyanyian bersama-sama peminat mencipta pemandangan yang begitu magis.

“Bukan saja muzik mereka hebat, tapi cara Nidji berinteraksi dengan penonton buat kami rasa dekat sangat. Macam kawan lama yang datang jumpa,” ujar Shikin dari Sri Aman.

Band yang kini diterajui oleh vokalis Ubay itu menutup persembahan mereka dengan lagu Hapus Aku, mencetuskan suasana pesta yang menggamatkan stadium.

Nidji turut menyatakan rasa terharu dengan sambutan luar biasa peminat di Kuching.

“Kamek sayang kitak. Terima kasih hari ini kita berada di Kuching” ucap Ubay tanpa kekok.

PERSEMBAHAN Drama Band.

Terdahulu sebelum kemunculan Nidji, peminat dihiburkan dengan persembahan Drama Band, Bob Yunus, Zah Amirul dan The Beretta’s.

PERSEMBAHAN Bob Yunus.

Turut hadir menyaksikan Konsert Nidji Pelangi Di Kuching, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

PERSEMBAHAN Zah Amirul.

Konsert tersebut dianjurkan oleh Coms Creative Studio dengan HMK Production.

Turut diadakan Karnival Pembudayaan Setempat menampilkan pelbagai reruai jualan dan persembahan kebudayaan.

Oleh Masrin Affiran & Yanti Sham

PERSEMBAHAN The Beretta’s.
Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Sarawak anjur konsert berskala besar tarik pelancong
Next: Marsha tawan perhatian dunia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.