Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Niaga hadapan MSM meneruskan keuntungan selepas pengukuhan minyak kacang soya
  • BISNES

Niaga hadapan MSM meneruskan keuntungan selepas pengukuhan minyak kacang soya

Utusan Sarawak 2 weeks ago
GAMBAR hiasan. -Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif meneruskan trend menaiknya untuk ditutup lebih tinggi hari ini selepas sentimen pasaran dirangsang oleh kenaikan dalam harga minyak kacang soya di Lembaga Perdagangan Chicago.

Pedagang minyak sawit David Ng berkata jangkaan peningkatan dalam permintaan MSM dari China dan pasaran lain turut menyumbang kepada pengukuhan harga. 

“Kami melihat sokongan pada paras RM3,800 satu tan dan rintangan pada RM4,000 satu tan,” katanya kepada Bernama. 

Pada penutup, kontrak Jun 2025 meningkat sebanyak RM32 kepada RM3,867 satu tan, Julai 2025 bertambah sebanyak RM32 kepada RM3,875 satu tan dan Ogos 2025 melonjak RM35 kepada RM3,868 satu tan.

September 2025 mencatatkan keuntungan sebanyak RM37 kepada RM3,862 satu tan, Oktober 2025 memperoleh RM36 kepada RM3,865 satu tan dan November 2025 melonjak RM33 kepada RM3,866 satu tan. 

Jumlah dagangan melebar kepada 49,593 lot berbanding 34,817 yang disaksikan semalam, manakala kepentingan terbuka adalah lebih rendah pada 243,185 kontrak daripada 243,913 kontrak sebelum ini.

Harga MSM fizikal untuk Jun Selatan bertambah sebanyak RM30 kepada RM3,900 satu tan. 

-Bernama

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Synergy ESCO lancar ESG light pertama di dunia
Next: SHEDA buka pencalonan Anugerah Cemerlang 2025, galak inovasi dan reka bentuk hijau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.