Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Niaga hadapan MSM diunjur lebih tinggi minggu depan
  • BISNES

Niaga hadapan MSM diunjur lebih tinggi minggu depan

Utusan Sarawak 17 hours ago

KUALA LUMPUR:  Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan lebih tinggi minggu hadapan sejajar dengan kenaikan harga minyak pesaing seperti minyak kacang soya dan minyak mentah.

Peniaga minyak sawit David Ng berkata harga minyak kacang soya dan minyak mentah meningkat berikutan ketegangan yang semakin memuncak di Timur Tengah, menjadikan minyak sawit lebih menarik dan dijangka merangsang permintaan terhadap komoditi berkenaan.

“Kami menjangkakan harga kekal kukuh, dipacu oleh permintaan berterusan daripada pembeli utama seperti China dan India, yang sewajarnya membantu meningkatkan sentimen pasaran,” katanya kepada Bernama.

Ng mengunjurkan harga MSM akan diniagakan antara RM3,850 satu tan dan RM4,000 satu tan minggu depan.

Penganalisis kanan Fastmarkets Palm Oil Analytics Dr Sathia Varqa berkata peserta pasaran akan memantau rapat prestasi eksport minyak sawit Malaysia bagi tempoh 1 hingga 15 Jun dan minggu hadapan memandangkan data ini boleh memberikan petunjuk baharu kepada pasaran.

Bagi asas Jumaat ke Jumaat, kontrak bulan semerta Jun 2025 susut RM64 kepada RM3,847 satu tan manakala Julai 2025 berkurangan RM5 kepada RM3,925.

Kontrak Ogos 2025 pula meningkat RM10 kepada RM3,927 satu tan, September 2025 naik RM16 kepada RM3,922, Oktober 2025 bertambah RM15 kepada RM3,914 dan November 2025 menokok RM11 kepada RM3,910.

Jumlah dagangan mingguan meningkat kepada 339,415 lot daripada 290,679 lot pada minggu sebelumnya manakala kepentingan terbuka naik sedikit kepada 244,432 kontrak daripada 241,688 kontrak.

Harga MSM fizikal bagi Jun Selatan kekal tidak berubah pada RM3,960 satu tan.– Bernama

Continue Reading

Previous: Niaga hadapan emas dijangka terus meningkat minggu depan
Next: Bursa Malaysia dijangka berasa pada 1,500-1,530 minggu depan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.