Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Niaga hadapan MSM diunjur diniagakan rendah minggu depan
  • BISNES

Niaga hadapan MSM diunjur diniagakan rendah minggu depan

Utusan Sarawak 3 hours ago

KUALA LUMPUR: Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dengan kecenderungan menurun minggu depan, berikutan jangkaan bahawa pengeluaran minyak sawit akan meningkat, kata seorang peniaga.

Peniaga minyak sawit David Ng berkata prestasi pasaran juga akan dipengaruhi oleh permintaan bermusim yang lebih lemah untuk minyak sawit.

“Sehubungan itu, kami menjangkakan harga akan diniagakan antara RM4,000 dan RM4,150 satu tan metrik minggu depan,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, peniaga minyak sawit kanan Interband Group of Companies Jim Teh menjangkakan MSM akan diniagakan antara RM3,900 dan RM4,000 setan dalam persekitaran kedudukan saham yang tinggi pada Oktober 2025.

“Ini adalah harga yang baik untuk penanam kelapa sawit, memandangkan mata wang lebih kukuh dengan ringgit semakin meningkat,” katanya.

Beliau berkata permintaan minyak sawit semakin perlahan apabila China beralih kepada pembelian lebih banyak minyak kacang soya dari Amerika Syarikat (AS), diburukkan lagi oleh permintaan akhir tahun yang lemah.

“Selain itu, permintaan fizikal akan datang dari India, Pakistan, Kesatuan Eropah, Timur Tengah dan AS,” katanya.

Pada asas mingguan, kontrak Disember 2025 turun RM50 kepada RM4,050 satu tan, Januari 2026 merosot RM65 kepada RM4,063 setan dan Februari 2026 berkurangan RM76 kepada RM4,069 satu tan.

Jumlah dagangan mingguan menokok kepada 481,674 lot daripada 402,878 lot pada minggu sebelumnya manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 287,400 kontrak daripada 269,476 kontrak.

Harga MSM fizikal bagi Julai Selatan melonjak RM20 kepada RM4,100 satu tan metrik.- Bernama

Continue Reading

Previous: Ringgit diunjur cecah 4.13-4.16, cenderung mengukuh minggu depan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.