Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Niaga hadapan MSM diunjur catat pemgambilan untung sederhana minggu depan
  • BISNES

Niaga hadapan MSM diunjur catat pemgambilan untung sederhana minggu depan

Utusan Sarawak 15 hours ago

KUALA LUMPUR:  Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka mengalami aktiviti pengambilan untung yang sederhana minggu depan berikutan peningkatan harga baru-baru ini.

Peniaga minyak sawit David Ng berkata komoditi itu telah mencatat peningkatan yang kukuh dalam sesi dagangan baru-baru ini, yang mungkin mendorong sesetengah peniaga untuk mendapatkan keuntungan sekali gus menyebabkan momentum yang lebih perlahan dalam tempoh terdekat.

“Harga MSM telah meningkat dengan ketara dalam beberapa sesi dagangan terdahulu, melepasi paras RM4,300 satu tan.

“Aktiviti pengambilan untung lazimnya berlaku selepas kenaikan seperti ini memandangkan pedagang cenderung untuk menjual apabila harga tinggi bagi mendapatkan keuntungan,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata selepas lonjakan harga yang kukuh, menjadi kebiasaan untuk pasaran mengalami penyusutan yang kecil apabila pelabur atau peniaga melakukan penjualan.

“Kami menjangkakan (komoditi ini) diniagakan antara RM4,200 hingga RM4,380 satu tan pada minggu hadapan,” katanya.

Pada asas mingguan, kontrak Ogos 2025 meningkat RM118 kepada RM4,262 satu tan manakala September 2025 menokok RM135 kepada RM4,309 satu tan dan Oktober 2025 naik RM138 kepada RM4,315 satu tan.

Kontrak November 2025 menambah RM88 kepada RM4,305 satu tan, Disember 2025 naik RM115 kepada RM4,290 satu tan dan Januari 2026 menokok RM94 kepada RM4,275 satu tan.

Jumlah dagangan mingguan meningkat kepada 555,657 lot daripada 435,464 lot pada minggu sebelumnya manakala kepentingan terbuka menokok kepada 237,735 kontrak daripada 231,427 kontrak.

Harga MSM fizikal bagi Julai Selatan menambah RM130 kepada RM4,290 satu tan. — Bernama

Continue Reading

Previous: Niaga hadapan FBM KLCI dijangka didagangkan dalam julat kecil minggu depan
Next: Pasaran getah dijangka diniagakan bercampur-campur minggu depan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.