Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Niaga hadapan MSM dijangka menyusut minggu depan selepas mengcatatkan keuntungan
  • BISNES

Niaga hadapan MSM dijangka menyusut minggu depan selepas mengcatatkan keuntungan

Utusan Sarawak 12 hours ago

KUALA LUMPUR: Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) Bursa Malaysia Derivatif dijangka didagangkan dengan kecenderungan menyusut selepas mencatatkan keuntungan baru-baru ini, seterusnya, menghalang pembelian lebih lanjut, kata seorang peniaga.

Menurut peniaga minyak sawit David Ng, pengukuhan harga dalam pasaran minyak sawit baru-baru ini menjadikan minyak sawit lebih mahal berbanding minyak sayuran lain.

“Oleh itu, kita mungkin akan melihat permintaan beralih dari sawit kepada minyak sayuran lain yang boleh menyebabkan permintaan melemah pada minggu akan datang.

“Minggu depan, pasaran dijangka didagangkan antara RM4,450 hingga RM4,650,” katanya kepada Bernama.

Dari minggu ke minggu, September 2025 mencatatkan kenaikan sebanyak RM28 kepada RM4,453 setan dan Oktober 2025 melonjak RM26 kepada RM4,427 setan.

Kontrak November 2025 naik RM18 kepada RM4,529 setan, Disember 2025 menokok RM18 kepada RM4,546, manakala Januari 2026 melonjak RM21 kepada RM4,547 dan Februari 2026 berada pada RM4,528.

Kontrak Ogos 2025 berjumlah RM4,400 setan pada Jumaat lepas.

Jumlah dagangan mingguan menurun kepada 361,870 lot berbanding 472,033 lot, manakala kepentingan terbuka merosot kepada 249,263 kontrak daripada 249,718 kontrak.

Harga MSM fizikal untuk Ogos Selatan berjumlah RM4,400 setan, manakala September Selatan berada pada RM4,470.– Bernama

Continue Reading

Previous: Pasaran getah dijangka diniagakan berhati-hati dengan keadaan menurun minggu depan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.