Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Niaga hadapan MSM dijangka meningkat minggu depan
  • BISNES

Niaga hadapan MSM dijangka meningkat minggu depan

Utusan Sarawak 2 days ago

KUALA LUMPUR: Pasaran niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) dijangka diniagakan tinggi sedikit minggu depan, disokong oleh permintaan kukuh terhadap eksport baru-baru ini, kata peniaga minyak sawit David Ng.

Ng memberitahu Bernama, harga dijangka berada dalam jajaran antara RM3,700 dan RM3,880 setan metrik.

Sementara itu, peniaga kanan minyak sawit Interband group of companies Jim Teh berkata pasaran minggu depan dijangka tidak menentu berikutan paras stok yang tinggi di Malaysia dan Indonesia.

“Harga niaga hadapan MSM dijangka berlegar antara RM3,700 dan RM3,900 setan metrik.

“Pada paras harga ini, kami menjangkakan minat tinggi daripada pembeli fizikal di China, India, Pakistan, negara Timur Tengah dan Kesatuan Eropah,” katanya.

Bagi asas Jumaat-ke-Jumaat, kontrak bulan semerta baharu Jun 2025 meningkat RM26 kepada RM3,839 setan metrik, Julai 2025 naik RM14  kepada RM3,828 setan metrik dan Ogos 2025 turun RM12 kepada RM3,815 setan metrik.

Kontrak September 2025 merosot RM29 kepada RM3,808 setan metrik, Oktober 2025 turun RM44 kepada RM3,809 setan metrik dan November 2025 berjumlah RM3,818 setan metrik.

Jumlah dagangan mingguan meningkat kepada 378,493 lot daripada 347,140 pada minggu sebelumnya, manakala kepentingan terbuka merosot kepada 239,366 kontrak daripada 240,098.

Harga MSM fizikal bagi Mei Selatan meningkat sebanyak RM60 kepada RM3,910 setan metrik. – Bernama

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Niaga hadapan emas dijangka didagangkan tinggi antara AS$3,200 hingga AS$3,250 minggu depan
Next: Pasaran getah seiring niaga hadapan serantau, ringgit dan harga minyak mentah minggu depan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.