Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Niaga hadapan MSM dijangka diniagakan lebih tinggi minggu depan
  • BISNES

Niaga hadapan MSM dijangka diniagakan lebih tinggi minggu depan

Utusan Sarawak 4 hours ago

KUALA LUMPUR: Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dengan positif minggu depan, disokong oleh harga minyak mentah yang lebih tinggi di tengah-tengah konflik Amerika Syarikat-Iran, kata seorang peniaga.

Peniaga Proprietari Iceberg X Sdn Bhd David Ng berkata konflik geopolitik yang sedang berlaku di Asia Barat menaikkan harga minyak mentah yang seterusnya menyokong harga minyak sawit.

Petunjuk pengeluaran yang lebih lemah juga dijangka menyokong pasaran, katanya.

“Minggu depan, kami menjangkakan harga berada dalam julat RM4,200 dan RM4,450 setiap tan,” katanya kepada Bernama.

Berdasarkan asas Jumaat ke Jumaat, kontrak Mac 2026 meningkat RM261 kepada RM4,250 setiap tan, kontrak April 2026 naik RM306 kepada RM4,336 setiap tan dan kontrak Mei 2026 menokok RM325 kepada RM4,367 setiap tan.

Kontrak Jun 2026 bertambah RM229 kepada RM4,275 setiap tan, kontrak Julai 2026 berkembang RM322 kepada RM4,365 setiap tan dan kontrak Ogos 2026 bertambah RM309 kepada RM4,347 setiap tan.

Jumlah dagangan mingguan meningkat kepada 542,086 lot daripada 313,593 lot minggu lepas manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 224,475 kontrak pada Jumaat daripada 227,706 kontrak minggu sebelumnya.

Harga fizikal MSM untuk Mac Selatan menokok sebanyak RM110 kepada RM4,160 setiap tan.- Bernama

Continue Reading

Previous: Situasi Asia Barat, data ekonomi AS akan tentukan hala tuju ringgit minggu depan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.