
KUALA LUMPUR: Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan seiring dengan prestasi di pasaran tunai pendasar pada minggu depan.
Seorang penganalisis berkata bursa tempatan diunjur mencatatkan kenaikan sederhana minggu depan apabila pemulihan dijangka terhad memandangkan kekurangan pemangkin baharu untuk merangsang pasaran.
Bagi asas Jumaat-ke-Jumaat, kontrak Mei 2025 dan September 2025 susut 33.5 mata masing-maing kepada 1,533.5 dan 1,518.0, manakala Jun 2025 turun 34.5 mata kepada 1,533.0, dan Disember 2025 jatuh 35.0 mata kepada 1,3525.0.
Jumlah dagangan mingguan meningkat kepada 33,633 lot daripada 32,337 lot pada minggu sebelumnya, manakala kepentingan terbuka naik epada 42,759 kontrak daripada 39,634 kontrak sebelumnya.
Bagi asas Jumaat-ke-Jumaat, FBM KLCI menyusut 36.37 mata kepada 1,535.38 daripada 1,571.75 pada minggu sebelumnya. — Bernama