Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Niaga hadapan FBM KLCI dijangka diniagakan dalam jajaran kecil minggu depan
  • BISNES

Niaga hadapan FBM KLCI dijangka diniagakan dalam jajaran kecil minggu depan

Utusan Sarawak 1 day ago

KUALA LUMPUR:  Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dalam jajaran kecil minggu depan, seiring dengan prestasi di pasaran tunai pendasar.

Naib presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata paras rintangan berada pada 1,540 dan pars sokongan pada 1,520, dengan FBM KLCI dijangka kekal dalam jajaran antara 1,510 dan 1,540 pada minggu depan.

“Sejak beberapa minggu lepas, indeks petunjuk pasaran berulang kali menguji dan berlegar sekitar paras 1,530 namun tidak berjaya melepasinya. Pergerakan tidak berubah yang berterusan sejak Jun, ditambah dengan jumlah dagangan yang mengecil, menandakan sentimen pelabur yang berhati-hati,” katanya kepada Bernama.

Bagi asas mingguan, kontrak bulan semerta Julai 2025 dan Ogos 2025 meningkat empat mata setiap satu masing-masing kepada 1,531.5 dan 1,528.5, September 2025 menambah 5.5 mata kepada 1,509.5, manakala Disember 2025 meningkat 3.5 mata kepada 1,511.5.

Jumlah dagangan bagi minggu yang baru berakhir ini meningkat kepada 28,103 lot daripada 25,123 lot pada minggu sebelumnya, manakala kepentingan terbuka melonjak kepada 48,755 kontrak daripada 38,963 kontrak.

FBM KLCI mengakhiri minggu ini dengan prestasi baik, meningkat 7.90 mata kepada 1,533.76 daripada 1,525.86 pada minggu sebelumnya.– Bernama

Continue Reading

Previous: Ringgit dijangka diniagakan dalam julat antara RM4.22-RM4.24 berbanding dolar AS minggu depan
Next: Pasaran getah diniagakan berhati-hati tetapi cenderung menaik minggu hadapan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.