Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Niaga hadapan emas ditutup tinggi
  • BISNES

Niaga hadapan emas ditutup tinggi

Utusan Sarawak 23 hours ago
GAMBAR hiasan.

KUALA LUMPUR: Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini menjelang keputusan kadar faedah Rizab Persekutuan AS bagi Julai.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Julai 2025 meningkat kepada AS$3,332.70 setiap auns troy daripada AS$3,326.40 pada Selasa, Ogos 2025 naik kepada AS$3,350.70 setiap auns troy  daripada AS$3,344.40 dan September 2025 menokok kepada AS$3,356.60 setiap auns troy daripada AS$3,350.30.

Kontrak Oktober 2025, Disember 2025 dan Februari 2026 juga ditutup tinggi pada AS$3,386.70 setiap auns troy daripada AS$3,380.40 pada Selasa.

Jumlah dagangan berkurangan kepada tujuh lot daripada 68 lot manakala kepentingan terbuka turun kepada 37 kontrak daripada 105 sebelumnya.

Emas fizikal berharga pada AS$3,316.50 setiap auns troy berdasarkan penetapan di London Bullion Market Association pada 29 Julai 2025.

-Bernama

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: BNM kenakan penalti terhadap BIMB, Bank Rakyat dan BSN berikutan ketidakpatuhan
Next: Eksport minyak sawit Malaysia ke AS meningkat 51.8 peratus bagi Jan-Mei 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.