Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Niaga hadapan emas dijangka naik minggu depan berikutan risiko geopolitik
  • BISNES

Niaga hadapan emas dijangka naik minggu depan berikutan risiko geopolitik

Utusan Sarawak 10 hours ago

KUALA LUMPUR: Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka meningkat dalam julat stabil antara AS$3,300 hingga AS$3,350 pada minggu depan, disokong oleh risiko geopolitik yang berterusan, kata Rakan Kongsi Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes.

Beliau berkata logam berharga itu kekal kukuh walaupun hasil Perbendaharaan AS meningkat dan nilai dolar AS mengukuh, menandakan risiko geopolitik sekali lagi mempengaruhi sentimen pasaran.

“Saya menjangkakan tahap itu akan membendung pergerakan harga dalam jangka masa terdekat. Tetapi kenyataan ini disertai dengan maklumat tambahan: risiko utama adalah tinggi. Sebarang kejutan atau kegagalan secara tiba-tiba dalam rundingan perdagangan, terutamanya dengan Kesatuan Eropah (EU), boleh dengan cepat mengubah sentimen pasaran,” kata Innes kepada Bernama.

Secara mingguan, kontrak bulan semerta Julai 2025 turun kepada AS$3,346.20 setiap auns troy daripada AS$3,351.30. Kontrak Ogos 2025 susut kepada AS$3,362.70 setiap auns troy daripada AS$3,366.40, manakala kontrak September 2025 merosot kepada AS$3,377.60 setiap auns troy daripada AS$3,381.30.

Sebaliknya, kontrak Oktober dan Disember 2025 meningkat kepada AS$3,397.50 setiap auns troy daripada AS$3,400.10.

Jumlah dagangan mingguan meningkat sedikit kepada 139 lot daripada 133 lot pada minggu sebelumnya, manakala kepentingan terbuka merosot kepada 72 kontrak daripada 84 kontrak.

Berdasarkan penetapan oleh London Bullion Market Association pada 10 Julai, emas fizikal berada pada harga AS$3,312.60 setiap auns troy.– Bernama

Continue Reading

Previous: Ringgit dijangka diniagakan pada 4.24-4.26 berbanding dolar AS minggu depan
Next: Sarawak is ready for investors, backed by strong fundamentals and real progress

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.