Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Niaga hadapan emas dijangka kekal meningkat minggu depan
  • BISNES

Niaga hadapan emas dijangka kekal meningkat minggu depan

Utusan Sarawak 4 months ago

KUALA LUMPUR: Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka mengekalkan trajektori menaik minggu depan, disokong oleh prospek positif emas fizikal di London Bullion Market Association.

Rakan Pengurusan SPI Asset Management, Stephen Innes berkata, walaupun terdapat jangkaan untuk hasil bon lebih tinggi dan dolar lebih kukuh di bawah bayang-bayang dasar Donald Trump, emas dijangka kekal sebagai aset yang dicari pada waktu ketidaktentuan dasar berterusan selain memastikan permintaan berterusan dalam landskap kewangan yang bergelora.

“Harga emas semerta melepasi paras tertentu baru-baru ini iaitu melebihi AS$2,675 setiap auns troy mencetuskan sentimen teknikal yang optimis selain menunjukkan peralihan ke julat dagangan baharu antara AS$2,660 dan AS$2,710.

“Pergerakan melebihi AS$2,700 setiap auns troy boleh merangsang permintaan lebih lanjut dan mendorong harga lebih tinggi.

“Prospek emas pada 2025 kekal positif, dipacu oleh permintaan yang kukuh daripada bank pusat dan ketidakpastian ekonomi berterusan selain terus menarik pelabur ke arah aset selamat tradisional ini,” katanya kepada Bernama.

Berdasarkan perbandingan Jumaat ke Jumaat, kontrak bulan semerta Januari 2025 ditutup lebih tinggi kepada AS$2,692.70 setiap auns troy daripada AS$2,667.80 setiap auns troy pada minggu sebelumnya.

Sementara itu, kontrak Februari 2025 meningkat kepada AS$2,703.10 setiap auns troy daripada AS$2,678.90 setiap auns troy.

Kontrak Mac, April dan Jun 2025 kesemuanya ditutup lebih tinggi kepada AS$2,707.30 setiap auns troy daripada AS$2,687.30 setiap auns troy minggu lepas.

Jumlah dagangan berkembang kepada 83 lot daripada 41 lot minggu lepas manakala kepentingan terbuka melonjak kepada 56 kontrak daripada 44 kontrak.

Mengikut penetapan harga London Bullion Market Association kelmarin, harga emas fizikal berada pada AS$2,674.60 setiap auns troy. – Bernama

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Pasaran getah diunjur meningkat minggu depan
Next: d’Isabelle, kediaman bertingkat tinggi pertama di Sarawak terima pensijilan bangunan hijau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.