Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Niaga hadapan emas dijangka diniagakan dalam jajaran kecil minggu depan
  • BISNES

Niaga hadapan emas dijangka diniagakan dalam jajaran kecil minggu depan

Utusan Sarawak 13 hours ago
GAMBAR hiasan.

KUALA LUMPUR: Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dalam jajaran kecil minggu hadapan, menurut seorang penganalisis.

Rakan Kongsi Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata komoditi berharga itu berkemungkinan kekal dalam julat dagangan semasanya antara AS$3,330 hingga AS$3,390 setiap auns troy.

“Bagi minggu dagangan yang baru berakhir, emas diniagakan mendatar sepanjang sesi, mencerminkan ketidaktentuan yang lebih meluas dalam pasaran mata wang. Kebelakangan ini, logam itu bergerak hampir seiring tetapi secara bertentangan dengan dolar AS.

“Sehubungan itu, pergerakan dolar perlu dipantau dengan teliti kerana ia kini menjadi faktor utama yang mempengaruhi harga emas,” katanya kepada Bernama.

Bagi asas Jumaat ke Jumaat, kontrak bulan semerta Jun 2025 meningkat kepada AS$3,371.80 setiap auns troy daripada AS$3,312.20 setiap auns troy, manakala kontrak Julai 2025 naik kepada AS$3,380.30 setiap auns troy daripada AS$3,325.90 setiap auns troy.

Kontrak Ogos 2025, September dan Oktober 2025 masing-masing mengukuh kepada US$3,393.80 setiap auns troy daripada AS$3,325.90 setiap auns troy.

Jumlah dagangan menurun kepada 241 lot daripada 256 lot yang dicatatkan pada minggu sebelumnya, manakala kepentingan terbuka menyusut kepada 122 kontrak daripada 139 kontrak.

Menurut penetapan oleh London Bullion Market Association pada 6 Jun, harga emas fizikal berada pada AS$3,374.60 setiap auns troy.

-Bernama

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam jajaran1,500 , 1,530 minggu depan
Next: Ringgit dijangka diniagakan pada paras RM4.22-RM4.23 berbanding dolar US minggu depan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.